Wednesday, May 5, 2010

Urus masa buat wanita super

Teks: Masayu Ahmad

Salam hari Khamis, harapnya suri sekalian berada dalam limpahan kasih sayang Allah. Saya sudah boleh mula memasak. Tetapi masak yang mudah-mudah sahaja. Nasi, telur goreng, sayur goreng. Nasib kanak-kanak riang tidak banyak kerenah.

Menjelang menempuhi hari-hari yang semakin sibuk dan padat. Tetapi kesibukan saya masih dapat diurus dan fleksibel. Kemungkinan saya akan menggunakan khidmat pembantu siang hari, atau transit sementara anak-anak di pusat asuhan. Buat sementara sahaja, sebelum semuanya kembali sedia kala. Namun sekadar merancang sahaja, kata putus masih dalam pertimbangan fikiran saya. Kesibukan saya kini sangat berkait rapat dengan pengurusan masa. Masa bersama anak-anak adalah sesuatu yang bernilai dan berharga. Ia tiada galang ganti. Ingin saya kongsi petikan berkaitan pengurusan masa.

Pengurusan masa buat wanita

Saya ingin memetik bab pertama dalam salah satu buku yang sedang saya tulis:

                                        “Kualiti masa, lebih tenaga, lebih wang”


Betapa ramai yang menginginkan lebih banyak masa untuk diri sendiri, suami dan anak. Untuk sendiri sudah tentunya dapat memberi ruang masa melakukan hobi yang digemari.

Masa berkualiti untuk anak-anak, hanya berapa jam sahaja diperuntukkan setiap hari. Masa sibuk pada waktu pagi, anda berkejaran menyiapkan bekalan anak-anak, bersiap ke tempat kerja, menyediakan sarapan sekiranya sempat.

Kualiti masa sememangnya sukar dicari, hujung minggu diperuntukan terbaik untuk aktiviti keluarga. Tuntutan material dan ekonomi keluarga menyebabkan ramai wanita memilih untuk bekerja. Masih ada ruang dalam hal ini untuk mengembalikan semula kualiti masa bersama keluarga.

Alyson Schafer, penulis buku, Breaking the Good Mom Myth: Every Modern Mom’s Guide to Getting Past, menyatakan seorang ibu yang baik mampu menghidupkan suasana keluarga yang gembira, menarik dan seronok.


Mengembirakan keluarga tidak semata-mata mengeluarkan belanja yang besar dengan bercuti di luar negara atau membelikan permainan yang mahal. Sebagai ibu, anda perlu kreatif untuk mencipa suasana yang segar, aktiviti seronok dan melibatkan semua ahli keluarga.

Bersambung...;D

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin