Teks: Masayu Ahmad
Sudah lama saya gantung kuali dan gantung key board, walau pun menjengah melihat deretan tugas untuk disiapkan, saya seolah tiada nafsu untuk melunaskan.
Selepas sesi perbincangan dengan dengan beberapa orang penting, yang berurusan melalui face book dan juga telefon pada hari ini, alhamdulillah tenaga luar biasa saya kembli menyerlah.
Semasa bulan Januari dan Februari kebanyakan tidur saya adalah jam tiga dan empat pagi. Kemudiannya bulan April mengalami turun naik hormon. Insya-Allah malam ini rasa sudah boleh berjaga semula, untuk menyelesaikan beberapa tuntutan tugas berstatus segera.
Sekiranya saya berjaya selesaikan beberapa senarai ini, alhamdulillah saya mampu berpantang dalam keadaan lega-seleganya, tanpa perlu memikirkan tugas. Selepas bulan Mac 2011, barulah boleh bernafas semula. Jadual saya agak padat sepanjang tahun sehingga Disember 2011.
Setiap kali hamil, saya berada dalam situasi pengalaman yang berbeza. Masih ingat lagi semasa hamilkan Aiman, saya berjaga sehingga ke pagi menyiapkan suntingan dan lay out untuk buku khas untuk organisasi. Buku tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Bayangkan saya hanya ada beberapa minggu sahaja untuk menyiapkannya. Malam terakhir menyiapkan pdf sebelum hantar ke kilang cetak, saya mengalami tenaga luar biasa.
Buat kerja tanpa rasa letih dan lelah. Walhal sepanjang hari tanpa rehat dan sepanjang malam berjaga menyiapkan suntingan. Pagi jam lapan en.suami mengambil saya dan membawa ke kedai untuk sarapan. Dalam perut memboyot tujuh bulan, alhamdulillah saya masih diberi tenaga. Ianya selalu menjadi suntikan kepada saya, alah bisa tegal biasa. Bekerja dengan majikan saya boleh berjaya bertahan, apatah untuk diri sendiri, saya perlu kuat semangat lebih daripada itu.
No comments:
Post a Comment