Teks: Masayu Ahmad
Menjelang 2010, Arif akan berusia 4 tahun. Tetapi badannya seperti kanak-kanak berusia lima tahun. Dalam beberapa minggu ini saya melatif Arif untuk bebas daripada menggunakan lampin pakai buang. Dia sudah boleh sebenarnya, cuma banyak alasan yang menjadikan Arif mahu manja-manja lagi.
Alim tak andai, ibu buat iri lah. (Arif tak pandai, ibu buatlah sendiri)
Alim nak akai ampers.
Kadang-kadang, dia memang boleh tidak memakai lampin dan dengan jayanya ke tandas, membuka lampu dan membersihkan diri. Saya masih memantau. Ketika dia masuk ke tandas, saya buat tidak tahu sahaja. Selesai segalanya, baru saya buat pemeriksaan kali ke dua.
Jika saya masuk ke tandas bersama Arif. Manja akan menjadi-jadi, sudah tikda mahu berdikari.
Alim tak andai, ibu buatlah.
Inilah ayat-ayat yang diulang-ulang. Saya biarkan sahaja Arif tanpa seluar. Hanya berbaju sahaja. Biarkan begitu, hanya untuk seketika sahaja hingga Arif tidak lagi terikat. Arif sudah boleh sebenarnya, hanya dia sahaja membiarkan dirinya mahu terikat dengan lampin.
Bertahan ya Arif, sedikit sahaja lagi.
6 comments:
Anak ke-2 saya pun akan masuk 3 tahun. Dia memang taknak pakai pampers dah, tapi masalahnya dah banyak kali cuba tp selalu je 'ter'buang air merata-rata. Abang dia dulu lain pulak, umur 4 tahun pun sampai nangis2 taknak stop pakai pampers. tapi bila dah berjaya stop, memang takde masalah, tidur malam pun ok je.
saya suka baca entri kak mas berkaitan anak2. sekurang2nya saya tahu pelbagai ragam anak2 saya tu sebenarnya perkara biasa bagi anak2. kadang2 tensen gak bila ragamnya melebih-lebih...
umi aliya
Arif ni tak kencing merata-rata, kalau saya bogelkan dia tahu dengan sendiri pergi ke tandas, sebab sudah biasa melihat rutin abangnya,
cumanya dia mengada-ngada,
saya biarkan sahaja dia menangis 10minit,
lepas itu sudah ok, mahu pakai baju
cumanya Arif hanya mahu pakai jeans sahaj, itu yang susah kalau mahu terkucil, jadi biar aje dulu pakai baju tak pakai seluar..;D
semoga sami ikut jejak arif la nk ke toilet.. dia selalu bgtau kalu nk pee or poop tapi ayatnye..
'mami sami pee/poop tapi sami xmo toilet' huishh dh siap ckp awal2.. zzzzz
ely
hihi, kena psiko balik,
budak bijak kencing kat toilet
hari-hari tanpa jemu
mas,
anak saya zarif umurnya sudah 4 tahun, tapi kelihatannya seperti baru 2-3 tahun...hahaha
semakin petah bercakap tapi bunyinya masih pelat, macam Arif.
moga Arif berjaya melupakan pampersnya...
Syahida,
anak-anak saya kategori tinggi, Hakim baru lima kelihatan seperti enam tahun
kadang-kadang dua beradik ini kelihatan seperti sebaya, nasib baik seorang putih seorang gelap,
Arif ini pun masih pelat, pelat-pelat manja
Post a Comment