Teks: Masayu Ahmad
Buku yang saya tulis bukan sekadar tulis suka-suka, ia adalah himpunan kajian, penyelidikan daripada buku-buku rujukan bekerja dari rumah, usahawan sepenuh masa dari rumah juga jurulatih berpengalaman yang sudahpun melatih beribu-ribu surirumah menjadi usahawan sepenuh masa.
Buku ini adalah panduan asas dan langkah demi langkah persediaan yang perlu anda ada sebelum memulakan pejabat di rumah. Juga rangkuman pencarian dan pengalaman saya sendiri, yang membuat persediaan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum saya bertekad untuk berhenti kerja dan terus memulakan sepenuh masa dari rumah. Antara perkongsian wanita hebat yang dimasukkan pengalaman mereka dalam buku Jana RM Dari Rumah ialah berikut.
1. Suzana Mustafa - http://www.wanitamelayu.com/ (Jurulatih dan usahawan sepenuh masa)
2. Durra Mohamed Jamri - http://www.artchetak.com/ (Bisnes dari rumah- produk kreatif)
3. Wan Rohani Wan Ismail- http://www.comellote.com/ (Bisnes dari rumah- produk butik pakaian kanak-kanak)
4. Zubaidah Arba'i- http://www.kedainiaga.net/ (Bisnes dari rumah-produk butik muslimah, produk kesihatan & kecantikan)
Perkongsian 4 wanita sepenuh masa bekerja dari rumah
Empat wanita ini adalah surirumah dan mereka sepenuh masa bekerja dari rumah. Kesemuanya berlainan bidang, ada yang asalnya suri rumah, juga ada yang asalnya wanita bekerjaya dan kemudiannya berhijrah bertukar status sebagai wanita bekerja dari rumah.
Setiap bidang sudah ada ruang dan peluang, tinggal lagi bagaimana kita mahu mencari peluang dan mencipta peluang menambah pendapatan. Bukan sekadar fakta, ia adalah perkongsian pengalaman bagaimana cabaran yang mereka hadapi boleh dijadikan panduan asas kepada ramai wanita atau lelaki di luar sana sebelum bersedia sepenuh masa bekerja dari rumah.
Analisis 4w + 1H
Apa itu analisis 4 W+ 1H, saya bongkarkan bagaimana anda boleh mencari peluang pekerjaan berdasarkan kelayakan pendidikan, pengalaman, minat, kepakaran. Semoga analisis ini membantu anda untuk mencari idea sama ada bekerja atau mengusahakan bisnes.
Setiap orang boleh melakukan banyak kerja satu masa. Saya berikan contoh saya sendiri, fokus saya adalah bidang penulisan, antara yang saya lakukan ialah, menulis buku dan ebook secara sepenuh masa. Pada masa yang sama penerokaan baru adalah jualan buku online yang akan dimulakan pada pertengahan Mei 2010.
Pendapatan aktif dan pendapatan pasif
Pendapatan aktif adalah aliran kewangan yang boleh sahaja mengalir setiap hari atau bulanan.Contohnya saya juga ahli HPA, jualan adalah di kalangan teman-teman dan juga ahli keluarga terdekat. Juga setiap bulan mendapat bonus yang boleh digunakan kembali untuk membeli barangan keperluan dapur. Saya memilih HPA kerana berasaskan produk organik dan kesihatan.
Saya juga menyediakan perkhidmatan suntingan untuk perseorangan dan syarikat penerbitan. Ini juga dikenali pendapatan aktif. Pendapatan pasif adalah melalui aktiviti affiliate dan juga hasil penulisan.
Jadual 4 Tempoh
Sebelumm ini saya ada menyiarkan artikel berkenaan teori 4 tempoh. Di dalam buku Jana RM Dari Rumah ada jadual yang boleh dijadikan garis panduan bagaimana anda boleh mengurus dan menggunakan masa maksima 24 Jam.
Ia berdasarkan agihan lima kategori kerja iaitu
1. Urusan Rumah Tangga
2. Urusan Karier Atau Bisnes
3. Urusan Anak-Anak, Suami
4. Urusan Keluarga, Kejiranan & Kemasyarakatan
5. Urusan Hal Lain-Lain
Langkah demi langkah menubuh bisnes skala kecil
Juga saya senaraikan apa yang perlu kalian lakukan, bermula persediaan kewangan, mental, fizikal, peralatan, mendaftar bisnes, memulakan operasi, menguruskan bisnes, khidmat pelanggan dan aktiviti pemasaran.
Semoga buku ini membantu ramai wanita lebih yakin dan terus konsisten membuat persediaan awal sebelum sepenuh masa menjadi 'majikan kepada diri sendiri'.
Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
9 comments:
insya allah, bila diizinkan allah utk saya menjadi salah sorang WAHM, saya akan melanggan buku2 akak..thanks eh..
cemburu sgt melihat org lain yg mampu bekerja dari rumah sepenuh masa
Salam adlina
insya-allah, jika sudah ada niat ke arah itu, insya-allah mesti ada peluang yang boleh dicuba dan diusahakan
terim kasih atas sokongan, semoga cita-cita adlina akan menjadi kenyataan kelak ;D
Terima kasih Mas,
Terharu rasanya bila baca entry terbaru ni. Rasa tak layak di label sebegitu. Kalau dibanding dgn WAHM atau SOHO-moms yg lain, banyak lagi yang perlu akak belajar & baiki.
Bagaimanapun, tahniah sekali lagi!
mas,
saya punya url tu ada silap sket...
saya punya www.comellote.com
yg comelote tu org lain punya :)
Kak Durra
terima kasih kembali, sekurang-kurangnya akak sudah membuktikan boleh menjana pendapatan dari rumah
itu adala bukti dan boleh memberi inspirasi kepada ramai bakal usahawan yang lain
wan ani
oh wan nasib baik, dalam lay out betul, ada dua l, kenaling sebentar saya, banyak kali saya khatam dan hadam tu sebelum pdf
apapun terima kasih atas kerjasama yang diberikan,
kalau wan mahu kongsi lagi, saya rasa saya bagi soalan advance untuk usahawan bukan soalan persediaan asas bekrja dari rumah
salam kak mas...
saya pun cemburu dgn kejayaan orang lain yang mampu bekerja dari rumah. tak sabar rasanya untuk jadi seorang WAHM.
jemput singgah di blog saya :
http://aliyadaniel.blogspot.com/
masih terlalu baru, tak sempat nak 'touch up'. sebagai permulaan just coretan-coretan dalam kembara perjuangan untuk mencapai cita-cita...
umi aliya
salam perkenalan, tidak apa cemburu atas kejayaan,
semoga selepas ini umi aliya pula yang akan bergelar wahm, insya-allah
ok, nanti kak mas ziarah
K.Masayu, tahniah utk buku ni :) Semoga ALLAH merahmati
Post a Comment