Jam 6.13 petang bersamaan 31 Disember 2012. Alhamdulillah tidak sampai 24 jam sahaja lagi akan bermula lagi lembaran baru 2013. Selamat datang 2013 penuh keterujaan.
Cerita tentang hujan
Setelah dua hari matahari muncul, alhamdulillah panas membantu banyak kain kering di ampaian. Semalam hujan kembali turun. Esok Hakim darjah 2 Aiman dan Arif masih di PASTI, Arissa juga ke PASTI untuk transit.
Masih lagi menyusun jadual Hakim mengaji quran, sama ada saya menjemput atau Pok Shid sahaja. Kita tengok minggu ini.
Tahun 2014 barulah saya sibuk. Sementara tidak sibuk untuk tahun ini, saya perlu siapkan segera seberapa banyak senarai buku/manuskrip tertangguh. Tahun ini sudah boleh mula fokus semula dengan menulis.
Apa azam kalian
Ok, saya kini sudah menjejaki 4 tahun bekerja dari rumah dan alhamdulillah masih ada rezeki untuk anak-anak meneruskan kelangsungan kehidupan.
Bermula dengan apa yang ada
Teringat semula 4 tahun lepas, ketika saya sudah sampai masa untuk berhijrah. Sepatah saya menelefon suami.
"Saya sudah mahu resign? Boleh ke?"
"Resign ler." Itu restu suami yang sangat saya harapkan. Makanya saya hari itu dengan senang hari menghantar surat perletakan jawatan.
Sambil memandu kereta, rasa kedua belah bahu terasa ringannya. Hari-hari baru bermula dengan perasaan yang tidak tergambar dengan kata-kata.
Bermula dengan apa yang ada
Fokus utama saya adalah menulis, menulis sebagai pendapatan pasif, iaitu saya perlu menulis kerana itu perkara yang saya minat dan perlu diasah. Jika dahulu menulis di majalah kemudiannay mengetuai unit penerbitan Institusi Kewangan Mikro, kemudian saya pelru mencabar diri untuk menguasai satu tahap lagi, iaitu perlu terbitkan buku.
Rasa bahan keterujaan meluap-luap setiap kali ke kedai buku. Saya mula menghadiri seminar dan bengkel percuma tentang ilmu penulisan. Ia perlu diasah dan digali.
Tahun 2011 buku pertama diterbitkan iaitu Jana RM Dari Rumah, kemudiannya menyusul ebook www.janawangdirumah.com.
Memandangkan tidak banyak rujukan bekerja dari rumah, maka blog ini adalah tujuan asal untuk berkongsi dengan suri rumah yang ingin menghasilkan pendapatan dari rumah.
Sudah tentu penulisan dan tujuan utama di blog ini adalah, fokusnya untuk kalian yang bergelar suri rumah yang ingin menambah pendapatan dan pada masa yang sama mahu dan ingin masa fleksibel bersama keluarga. Dengan harapan seimbang keluarga dan karier.
Apa yang memberi inspirasi
Bersambung...;)
Banyak tadi dalam fikiran mahu tulis, berhenti sejenak mahu tulis apa. Esok sudah bermula sesi persekolahan, moganya tahun ini saya sudah boleh lebih seimbang untuk anak-anak.
Tinggal beberapa hari lagi sepatutnya esok, tapi saya belum selesai lagi masukkan banyak lagi judul, selesai 100 judul buku insya-Allah kalian sudah boleh membeli buku dengan mudah.
BELI SEBERAPA BANYAK, POS ADALAH PERCUMA
untuk menikmati keistimewaan di atas, maka kalian perlu menyertai ahli kami dahulu, jadi ahli barulah layak untuk menikmati pos percuma, sertai di sini ya
sertai keahlian di sini ya http://www.facebook.com/groups/497938423561201/
Apa kepakaran kedai buku kami
1. Kami menggabungkan dan menjual kebanyakan buku-buku terbitan penerbit tersohor Malaysia antaranya Grup Buku Karangkraf, PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru, Inteam, Kemilau Publika dan banyak lagi.
2. Kami beroperasi 24 jam tempahan boleh dilakukan setiap hari, penghantaran Sabtu hingga Khamis, Jumaat cuti.
3. Kami menghantar buku-buku kalian melalui rangkaian penghantaran pos daftar, pos laju, skynet, gdex.
4. Nyatakan buku-buku kalian berminat, kami akan usahakan.
5. Sertai keahlian kedai buku online, dapatkan keistimewaan BELI SEBERAPA BANYAK, POS ADALAH PERCUMA.Bukan ke sangat menarik tawaran ini, tak perlu keluar hanya hujung jari dan bayar harga buku sahaja.
No comments:
Post a Comment