Thursday, December 27, 2012

Ibu sibuk super sibuk, tips terapi diri

Teks: Masayu Ahmad

Jika mahu seperti saya mulakan dari sekarang www.janawangdirumah.com

28 12 2012

Saya sebagaimana ibu-ibu yang lain juga, sibuk dan menyibuk ;). Dengan gandingan 4 kanak-kanak riang yang sedang membesar 8, 6, 5, 2, masya-allah sungguh pantas masa berlalu anak yang sulung sudah 8 tahun maknanya sudah 9 tahun perkahwinan kami.

Hari ini cuaca cerah dan saya ambil kesempatan pagi ini selajunya menjemur pakaian. Harapnya hari ini kering. Pagi tadi saya sepatutnya menyertai rombongan melawat bapa saudara sakit, disebabkan beberapa sebab saya tidak pergi.  Jadi sambung urus tugasan, sebelum itu bergolek sakan dengan Arissa.

Sebulan untuk bulan ini bagaikan rasa setiap hari penuh rutin, sama ada hantar anak ke kelas mengaji, hantar barang, urus rumahtangga. Selesai kain baji, lepas Jumaat nanti akan ke rumah ayah.

Ya ampun memang lama saya tidak ke sana, sementelah pula ayah ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga, esok pagi lagi. Penerbangan awal pagi.

Hari ini cuti masak, kakak ipar yang sulung pulang, alhamdulillag rasa ringan sangat bila dia balik, banyak membantu.

Tips rumahtangga

1. Saya setiap hari memasak, jadi mahu atau tidak perlu ke dapur, siapkan untuk menu pagi dan tengahari.
Solusi: Pilih masakan yang mudah dan  cepat. Contoh masak nasi untuk pagi dan tengahari, Goreng ikan dan sayur. Pilih gabungan menu mudah cepat dan sihat.

2. Sarapan pagi hari minggu.
Jika awal pagi rasa masa, biasanya waktu malam saya sudah masak siap contoh gulai ayam, gulai ikan. Jadi bangun pagi panaskan sahaja lauk dan hanya masak nasi dan air sahaja.

3. Tetapkan rutin kerjsama
Super tak super saya tetap perlu bantuan suami, biasanya untuk urusan kain baju en.suami yang selesaikan. Saya hanya lipat dan gosok sahaja. Saya sudah lama tidak ada bibik, selepas anak ke empat. Bagusnya kita belajar toleransi suami ister.

4. Jika malam saya masih sibuk dengan urusan kedai online, suami akan uruskan anak-anak. Jadi saya boleh fokus dengan kerja saya.

5. Selalunya untuk malam hari, jam 6 saya sudah masuk dapur dan masak untuk malam. Kadangkala pilih menu mudah juga untuk kanak-kanak riang, nasi goreng dan keropok keping, semua kekenyangan ibu senang.

6. Masih kelam kabut? Itu normal dalam kehidupan rumah tangga, yang penting kita sentisa bersemangat untuk buat yang terbaik. Jika ada perasaan jemu itu juga biasa. Jadikan reward untuk diri sendiir, selelunya saya ambil masa dan rehat puas-puas apabila anak-anak semua sudah di pusat asuhan. Juga longgarkan badan dengan urutan tradisional, pergi spa, jumpa kawan-kawan. Nikmatilah kehidupan seadanya ;)











Kain oh kain

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin