Friday, December 21, 2012

Terapi surirumah

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com

Hari ini betul-betul suri rumah, saya gantung status lain, hanya surirumah semata. Bermula pagi panaskan gulai ikan, masak nasi, masak air.

Kebetulan pula minggu ini mesin basuh rosak, masih bertangguh menghantar, dan pula hujan lebat, banyaknya kain. Perlu segera hantar esok juga.

Dua besen sudah direndam sabun. Jadi mula saya membasuh cara tradisional. Saya tolak dua besen keluar dan perasaan seronok, sudah lama tidak membasuh cara itu.

Keliling belakang dapur itu banyak pokok, tambahan pula hujan suasasana nyaman sekali. Sambil mengambil sehelai, berus dan bilas. Leka juga. Keliling rumah mertua banyak pokok buah. Belakang, sangat lebat duku langsat. Tahun ini sangat menjadi, rambutan ada lima pokok tak silap saya, durian, buah limau bali, rambai, mangga banyak lagi. Itulah orang tua suka berbudi pada tanah. Pelaburan dari muda, jadi anak cucu balik makanlah sampai puas. Pokok duku langsat belakang rumah sangat lebat, bergayutan. musim hujan pula, buah luruh dan sudah jadi baja kembali. Rambutan juga bergayutan sana  sini. Alahai.

Saya jadikan sesi terapi sambil latihan untuk bakar kalori. Selesai dua besen sambung lagi satu besen. Seronok, cuaca agak molek awalnya, semua berbaris di ampaian. Melihat besen dan raga kosong, ia satu terapi yang indah. Bersambung


No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin