Catatan hari ini 23 Disember 2012, perlu ke sekolah, menyelesaikan urusan darjah dua, buku teks dan keperluan lain. Naufal Hakim sudah darjah dua. Alhamdulllah, sungguh cepat amsa berlalu.
Hari ini sudah siap ayam goreng dan asam pedas, masak untuk sarapan dan juga tengahari. Pecutan jadual kerja sudah bermula hari ini. Sekarang jam 8.32 jam 9.30 anak-anak perlu siap untuk dihantar. Jadual 2013 sudah bermula, jadi anak-anak perlu dibiasakan dari awal.
Banyak susunan tugasan juga buat saya menanti. Bagaiman mahu urus hari sibuk untuk menjadikan tidak sibuk.
1. Bawa bertenang, ambil kertas dan pen susun semula jadual.
2. Kenalpasti sepanjang tahun, cuti umum, cutik khas, cuti perayaan, cuti sekolah.
3. Bagi yang bisnes melalui kalender sudah boleh mengangak hari promosi yang sesuai.
4. Manakala bagi suri rumah boleh tahu anak cuti bila dan apa aktiviti yang sesuai.
5. Selesai rancang secara tahunan, kecilkan kepada bulan, kemudian minggu dan hari.
6. Apabila ssampai kepada hari, rancang 24 jam anda dengan lebih berkesan.
7. Jika kalian suri rumah perlu pula membuat agihan kerja rumha, anak-anak, suami, diri sendiri.
8. Jika kalian usahawan dari rumah terpecah lagi bisnes, rumahtangga, anak-anak, suami, diri sendiri.
9. Jika kalian masih bekerja, usahawan, maka perlu tambah juga lagi rumah tanggga, anak-anak, suami, diri sendiri.
10. Sasaran agihan masa di atas dan tugasan perlu realistik dengan matlamat, usahawan katakanlah secara spesisfik masu sasarkan RM100 keuntungan bersih harian, anak-anak disipli mengaji khatam sekian-sekian. Semuanya perlu ditulis agar nampak lebih jelas.
11. Jika mahu untuk RM100 bersih apa yang perlu dilakukan, jika mahu anak khatam dengan lebih cepat apa pula perlu dilakukan.
12. Setelah semua di atas sampai sasaran, jangan lupa memberi ganjaran kepada diri sendiri, seperti urutan enak di spa, hadiah kepada anak berupa buku-buku motivas. Ganjaran atau reward perlu mendorong kita untuk meletak sasaran lebih tinggi pada masa hadapan. Dari itu kita akan sentiasa sibuk dan masa akan terisis.
13. Bagaimana pula untuk memastikan fleksibel-jangan menjadikan buruan matlamat dan jadual terlalu mengokong, sama sekali boleh ubahsuai mengikut kesesuaian. Yang penting ia memberi anda motivasi baru setiap hari dan menjadikan tidak bosan dengan rutin yang sama.
Selamat tahun baru 2013.
10 WASIAT RASULULLAH KEPADA PUTERINYA FATHIMAH
(Menarik untuk wanita)
Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.
1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.
2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini

No comments:
Post a Comment