Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://www.yaswarau.com
Ada waktu setiap hari hujan mula turun pada waktu petang. Jadinya sangatlah nyaman. Hujan yang datang bersama rahmat dan rezeki. Masa zaman kanak-kanak dulu, waktu hujan begini semacam pesta pula. Mandi beramai-ramai bersama-sama dengan rakan-rakan. Anak-anak kita usahkan mandi, kena hujan sedikit, ibu-ibu sudah suruh masuk dalam rumah takut nanti demam.
Biasanya apabila hujan mula lebat, mandi hujan sambil berlari-lari keliling kawasan rumah-rumah sekitar yang terdekat. Kadangkala jauh juga perginya. Satu tempat yang paling seronok untuk main hujan di rumah Pok Long Amat.
Rumah arwah guru mengaji saya mempunyai corong zink yang mengumpul air hujan yang banyak. Maksudnya apabila hujan turun, air hujan akan melalui salur zink yang melengkung dan terus jatuh ke tanah dengan banyak. Ianya seperti terjunan air hujan bersatu dan mencurah-curah. Jadi kanak-kanak akan berebut untuk mandi di bawah limpahan hujan tersebut. Selepas puas bermain di situ kami akan berlari-lari lagi ke kawasan lain.
Rumah sepupu saya agak jauh sedikit, biasanya apabila hujan mula reda atau waktu petang kami mula membuat lawatan beramai-ramai keliling kampung. Apa yang seronok kami akan pergi ke kawasan yang mempunyai takungan air. Biasanya ketinggian air hanya paras lutut atau paras pinggang sahaja. Tidaklah memudaratkan kanak-kanak untuk bermain air.
Biasanya kami akan dirikan pondok-pondok kecil atau bermain rakit. Saya lupa emak marah atau tidak, tetapi aktiviti wajib jika musim hujan ialah lawatan ke tempat-tempat yang dinaiki air sekitar kampung.
Kampung jiran yang sebelah adalah Kampung Pantai Sabak, sungai adalah pemisah antara kampung saya dengan kampung sebelah. Apabila musim tengkujuh Pantai Sabak dilanda hakisan yang teruk.
Pesisir pantai terhakis oleh ombak yang mula mengalihkan pasir dan tanah tebing. Banyak rumah-rumah yang rosak dan banyak juga yang perlu berpindah. Hakisan tebing dan pasir akan dibawa ke pantai kampung saya. Jadinya pesisir pantai kampung saya semakin jauh jaraknya dari air laut.
Saya pernah mengikuti rombogan melawat kampung jiran yang banyak rosak akibat hakisan pantai. Kami menaiki perahu nelayan atau bot besar. Sangatlah seronok dan teruja. Kami berjalan beramai-ramai melihat suasana kampung yang ditenggelamkan banjir dan kerosakan rumah-rumah akibat hempasan ombak yang besar.
Sangat bersyukur kerana keadaan kampung kami masih lagi selamat. Pernah satu ketika ayah menceritakan ketika usia saya masih kecil. Satu peristiwa taufan telah berlaku di kampung kami. Habis semua rumah diterbangkan angin. Saya bernasib baik diselamatkan ayah yang hampir-hampir terjatuh diterbangkan angin. Masa itu saya masih lagi bayi.
Menu musim hujan
Menu biasa musim hujan lempeng kelapa muda, putu ubi kayu, gulai ikan kering, ikan budu yang digoreng bersama telur, ubi kayu makan bersama kelapa parut.
Aktiviti menjala ikan juga aktif dilakukan anak-anak muda kampung dan kanak-kanak lelaki. Kami kanak-kanak perempuan boleh melihat dari jauh sahaja. Ramai akan berlonggok di tepi tali air menjala ikan, sambil berpayung mereka seolah-olah asyik melihat aksi penebar jala. Walaupun ikan bukanlah banyak tetapi ianya sebagai satu hiburan ketika musim hujan.
Setiap kali pulang ke kampung apabila terserempak dengan wajah-wajah semasa kanak-kanak yang kini sudah dewasa, saya mula terbayangkan suasana ketika kecil dahulu.
Aktiviti lain selepas hujan reda, saya bersama kakak dan beberapa rakan yang lain akan pergi ke baruh berdekatan dengan sungai. Kami akan mengutip ulaman (tidak ingat apa nama ulam) dan pucuk niding (paku pakis). Ulaman tadi dimakan bersama, dicicah dengan budu, manakala pucuk niding emak akan masak sayur lemak yang dimasukkan bersama potongan ubi stelo (ubi merah).
Manakala ikan budu (ikan yang diperam bersama garam lebih kurang sama dengan ikan pekasam). Ikan budu akan diambil isinya sahaja dan dihiris halus dicampur bersama telur.
Telur dadar yang berisi ikan budu itu akan diperah asam limau. Menu lengkap hidangan tengahari atau malam nasi panas, sayur lemak pucuk niding, telur dadar ikan budu, ulaman dan budu. Kecur air liur. Nasib bertambah diiringi suasana nyaman hujan yang turun tanpa henti. Minum pagi musim hujan biasanya, lempeng, nasi berlauk. Manakala minum petang ubi kayu rebus bersama kelapa parut dan kadangkala putu ubi kayu besar gedabak.
Salam sayang
Iklan sekejap ya
Beli seberapa banyak buku-POS ADALAH PERCUMA!
Berita baik buat pelanggan setia saya, bagi peminat tegar buku online, jadi dengan ini saya mengitiharkan pos adalah percuma sahaja dengan membeli terus dari sini
Sertai keahlian kedai buku online klik di sini, http://www.facebook.com/groups/497938423561201/
Apakah keisitimewaan keahliaan kedai buku online
1. Menikmati penghantaran buku secara percuma sahaja, maksudnya tidak ada caj pos dikenakan. Kalian hanya bayar harga buku sahaja.
2. Lebih 1,000 judul akan dijual, saya sedang menegmaskini buku dari masa ke semasa.
3. Kepakaran kedai buku ini adalah menjual semua jenis bukua fiksyen, non fiksyen, kitab, quran terjemahan, quran digital,
4. Kami mengedarkan kebanyakan buku-buku dari penerbi tersohor, antaranya karangkraf, pts, galeri ilmu, telaga biru dan lain-lain.
5. Pelanggan boleh menyatakan buku apa yang mahu dibeli, jika tidak ada kami akan usahakan.
9 comments:
Bab menu musim tengkujuh paling best...seakan teringat momen tinggal di sana dulu...
Seronok rasanya bila mengimbas kembali zaman kanak2 dulu2..
metul tu, menu musim tengkujuh, walaupun simple sesangat tapi kesedapannya sungguh terasa!
kat kampung saya ni, bila musim hujan je, ada satu kakak ni akan bukak warung kecik untuk jual putu bambu betul2 kat depan rumah mak...makanya, kamilah pengunjung yang setia ke warung itu :)
Sitisifir
Kalau hujan saja, fikiran saya mula terbayang masa kecil, maka keluarlah entri pasal hujan ;D
zureen@mama
Kalau nak dikenang, memang seronok masa kanak-kanak, tapi macam sekejap sahaja masa berlalu
Zarin
Saya masih terbayang berpayung bersama kakak pegi beli putu ubi kayu.
Terasa teringin pula nak makan, ish
Sekarang ni musim cuti sekolah and musim hujan dah menjelang tiba. Saya bukan masa kanak2 je suka hujan, malah sampai dah besar panjang ni pun suka kan hujan:-)
Gambar ubi dengan kelapa parut tu yang menggoda tuh:-) Kena pulak kelapa parut campur kelapa, layan dengan kopi panas.. waktu hujan lebat'
UstazCahaya
Kat mana-mana pun hujan sekarang ni, kesian yang balik rumah jalan jam dan hujang lebat lagi petang tadi.
Ubi kayu dan kelapa parut, agaknya mana-mana tempat memang suka resepi ni.D
salam, saya plak jd teringat nostalgia musim hujan sewaktu kecil..owh rindunya pada ikan budu, sudah lama tidak jumpa...
ummufarhan
salam kembali,
rasanya sekarang ni tak payah tunggu musim hujan nak dapatkan ikan budu, hari-hari biasa pun ada dijual
lama x blogwalking kat blog akak. sentiasa kagum dengan entry akak.keep it up!
Post a Comment