Catatan 27 12 2012, insya-Allah pagi ini melunaskan tugas seperti biasa. Anak-anak masih lena sakan di hamparan tidur. Suasana sejuk jadi enak tidur di waktu begini. Musim tengkujuh, biarpun agak lewat, namun saya suka situasi musim ini.
Sejuk, nyaman dan bugas, titisan renyai masih setia di luar jendela. Pagi ini sudah selesai menguruskan senarai pesanan pelanggan. Itu rutin, selain menulis di blog ini, kadanga-kadang konsisten kadang-kadang ada terlupa dek hambatan tugas.
Semalam sudah siap masakan gulai ayam kegemaran anak, jadi pagi ini itulah menu sarapannya. Sudah selesai mask nasi, air dan mahu goreng ikan juga. Menu sehingga tengahari. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula, kesibukan harian juga akan bermula.
Hari ini mahu atau tidak saya perlu segera selesaikan tugas dan mahu balik rumah ayah, esok awal pagi ada penerbanngan ke Kuala Lumpur. Ada dua acara ayahanda pada 29 hb dan juga 5 hb Januari 2013. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan.
Hujan
Saya suka hujan kerana ia kembali bertaut memori silam yang indah-indah. Tentang kasih sayang arwah mek, tentang masakan dan makanan musim hujan.
Antaranya lempeng kelapa, aduh sedap bangat. Sayur lemak pucuk niding (sejenis paku pakis) dicampur dengan ibu stelo, dimakan bersama ikan budu dan nasi panas.Memang selesa pada musim hujan begini. Bila petang menjelang ada pula putu halba sebesar tapak tangan dewasa. Sekarang ini putu halba sudah kecil.
Bersambung...;)
Tinggal beberapa hari sahaja lagi harga promosi RM120 akan berkahir, Januari 2013 harga E-iqra sudah RM210.
Bayar di sini RM120 pos percuma
http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
Lebih banyak gambar di sini
http://e-iqra-belajarqurandantajwid.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment