Alhamdulillah tahun ini adalah tahun ke empat, dan menjejaki tahun ke lima saya bekerja sendiri, ruang sendiri, rezeki Allah yang tentukan.
Cuti sekolah kami ambil kesempatan juga ke Kuala Lumpur, sambil bawa anak-anak, singgah di rumah kami, selesaikan beberapa urusan. Juga saya ambil kesempatan untuk rehat dan rehat. Bulan Disember 2012 sudah menjelma, syukur pada Allah, impian dan segala cita-cita dimakbulkan untuk tahun 2012. Hanyala tiada buku baru, dan beberapa manuskrip berstatus 90% sahaja belum siap. Saya perlu memulakan semula perlu konsisten menulis, lebih banyak buku diterbitkan, Ya Allah semoga 2013 sebanyak 10 buku dapat diterbitkan, amin, amin, amin. Mohon permudahkanlah segala urusan.
Semalam hari pertama buat Hakim, Arif, Aiman. Selepas sebulan bercuti, cuti mereka dipendekkan. Jam 8 sudah bermula jadual mengaji Hakim, kemudian barulah saya menghantar Arif dan Aiman. Arissa tidak lagi ke pengasuh, anak dara saya sudah besar rupanya sudah 2 tahun, jadi sudah boleh kemana-mana. Urusan pos barang sekitar jam 3 hingga 4.
Arif dan Aiman kekal bersama guru yang mengajar mereka solat, mengaji pagi dan petang. Semalam ketika menjemput pulang keduanya ceria. Saya buntu sejak beberapa bulan yang lepas mencari guru mengjai datang ke rumah, mencari beberapa lokasi yang boleh ikut jadual saya. Alhamdulillah sudah dipermudahkan.
Cuma selepas sesi sekolah bermula saya akan jadi super supir, usai kam 12.45 sudah perlu jempur Hakim dan hantar terus ke lokasi guru mengajar mengaji, kemudian saya sambung terus bekerja dari rumah.
Rutin saya
Awal pagi jam 4 hingga 6, fokus kepada penulisan. Kemudian 7,8,9 bersambung urusan anak-anak dan jatawan suri rumah. 10,11,12 sambung urusan di sini http://kedaibukuonline.biz/ atau di sini http://kedaibukuonline.biz/ juga untuk produk sunnah
Petang hari saya lebih fokus urusan anak-anak, alhamdulillah jadual ini yang terbaik setakat ini. Saya selesaikan paling penting keutamaan awal pagi.
Kini lebih banyak di kedai buku online:
Bayar di sini http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
Boleh bayar di sini http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
Bayar di sini http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
Sertai di sini, untuk menikmati pos percuma, ahli kedai buku online
Belian di hujung jari, saya hantar terus ke rumah kalian ;)
No comments:
Post a Comment