Tuesday, December 25, 2012

Cerita tentang hujan

Teks: Masayu Ahmad

Hari ini bertarikh 25 disember 2012, alhamdulillah lebih kurang satu minggu lagi akan bermula tahun baru 2013. Apa pencapaian tahun ini, rasanya saya mencapai KPI tahun ini, sudah capai kedai buku online idaman yang dicitakan sejak 2008, dan juga sudah mula berkongsi rezeki dengan suri rumah yang ingin menjana pendapatan tanpa modal. Insya-Allah

Untuk tahun 2013, sambil kekal fokus kedai buku online juga, produk sunnah, keduanya ini saya menawarkan dropship, harapan saya sedang gigih untuk konsisten.

1. Menyusun jadual kerja menulis, saya sudah boleh fokus semula menulis.

2. Seorang penulis yang berjaya berkongsi, untuk selesa sebagai penulis sepenuh masa sekurangnya perlu siapkan 30 buku, ya Masayu Ahmad 30 buku, saya mahu lihat kembali senarai perancangan menulis saya. Saya ada banyak senarai sebetulnya, bermula 2013 perlu fokus lebih banyak untuk terbit.

3. Selesaikan manuskrip terbengkalai, antaranya ebook butik, buku penulisan kanak-kanak, buku soho, ini sudah 90%, juga dua buku yang sepeatutnys sudah terbit.

4. Saya sudah menyiapkan 10 buku, namun tahun ini saya mahu fokus untuk terbit 30 maksima, kalau capai 15 dikira alhamdulillah, kalau 10 juga bersyukur. Kiraan 1 buku 1 bulan, untuk jadual tulis dan siap.

5. Lebih banyak pakej buku yang segar bugar dari hasil tangan sendiri.

6. Reward untuk di atas adalah sebuah SOHO yang punya citarasa sendiri. Insya-Allah, sudah lama mahukannya, sekarang waktu yang sesuai.

7. Sudah tentu SOHO itu dipenuhi buku tulisan sendiri, itu inspirasi diri sendiri untuk pencapaian di usia 33 tahun ini. ;)

Kembali tajuk di atas cerita tentang hujan.

Hari ini walau cuti, en.suami masih kerja dan belum pulang. Sepanjang minggu ini hujan lebat, musim tengkujuh tahun ini agak lewat. Siang tadi saya ambil kesempatan untuk selesaikan beberapa keperluan anak sekolah, beg sekolah dan alat tulis untuk Hakim, Arif dan Aiman. Juga esok perlu ke sekolah lagi untuk beli buku di koperasi sekolah. Bersambung

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin