Tuesday, December 18, 2012

Rumah tepi baruh

Teks: Masayu Ahmad

Ah, memang seronok suasana hujan gerimis, ada hari lebat mencurah, ada hari mendung, ada hari sekejap rintik sekejap deras. Semuanya alhamdulillah. Ketika panas kita mahu hujan, ketika hujan kita mahu panas. Tetapi saya mahu menikmati suasana sejuk ini sementara musimnya. Kain sudah bertali di ampaian ada yang lembap ada yang masih basah. Ini suasana sinonim dengan musim tengkujuh. Saya suka perasaan sebegini.

Pulang lewat petang tadi, singga di rumah ustazah empunya PASTI yang mengajar kanak-kanak riang, saya bawa bersama Hakim, Arif dan Aiman. Semestinya enak menikmati nasi gulai kawah dalam cuaca redup, sempena walimah anak yang sulung.

Sampai di rumah, Arissa senyum riang, saya tinggalkan barang sebentar, usai pecut hantar barang, pecut ke walimah dan sudah sampai rumah. Seperti biasa, solat asar kemudian bersambung rutin masak untuk menu malam. Mudah sahaja, siang tadi sudah masak gulai ayam kelate itu, bawa ke malam, goreng ikan dan juga goreng paku pakis bersama bilis. Siap untuk menu malam.

Sibu menyibukkan yang

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin