Sebagai reward untuk minggu ini, saya sedang baca buku ini, mahu kongsi perenggan yang menarik untuk dikongsi
mukasurat 78
Saya tidak mengalakkan sesiapa memulakan bisnes sendiri melainkan mereka benar-benar mahu. Saya tidak berharap semua orang melalui apa yang saya lalui dalam mendirikan sesebuah syarikat. Ada masa-masanya ketika seseorang tidak berjaya mendapat pekerjaan makan gaji, dia memulakan bisnes yang difikirkan sebagai penyelesaiana terbaik. Namun, peluang berjaya adalah tipis. Sembilan daripada sepuluh bisnes gagal dalam tempoh lima tahun penubuhannya. Manakala daripada baki yang berjaya bertahan selama lima tahun itu, hanya satu yang mampu terus berdiri lebih lama. Sembilan per sepuluh bisnes yang lain gagal juga akhirnya.
Oleh itu, saya menggalakkan sesiapa yang serius dalam bidang bisnes sahaja yang memulakannya. Sekiranya tidak, lebih baik kekal bekerja makan gaji dan uruskan bisnes sendiri.
Apabila saya kata uruskan bisnes sendiri, maksud saya, pastika kolum aset kita dimulakan dan dipenuhi dengan nilai-nilai yang kukuh. Sebaik sahaja satu dolar tercatat di situ, pastikan ia tidak ditarik keluar. Fikirkan begini, sebaik sahaja satu dolar tercatat di kolum aset, ia mula menjadi pekerja kita. Perkara terbaik berkenaan wang dalah ia bekerja selama 24 jam sehari dan dapat bekerja untuk generasi akan datang. Terus bekerja makan gaji, jadi pekerja yang rajin, dan pada masa yang sama tambah nilai pada kolum aset.
Apabila aliran tunai bertambah, kita dapat memanjakan diri dengan barangan mewah. Satu perkara penting yang dapat kita lihat adalah, ketika berbelanja orang kaya membeli barangan mewah akhir sekali, manakala orang miskin dan kelas menengah selalunya membeli barangan mewah terlebih dahulu.
Orang miskin dan kelas menengah selalunya membeli rumah besar, berlian, barang kemas ataupun kenderaan mewah kerana mahu melihat sebagai orang yang kaya. Mereka mungkin kelihatan kaya, namun realitinya mereka sedang menjerat diri sendiri dengan hutang keliling pinggang.
Orang kaya pula suka menambah dahulu nilai di kolum aset mereka. Hanya selepas aset yang dikumpulkan menjana pendapatan barulah mereka membeli barangan mewah. Orang miskin dan kelas menengah membeli barangan mewah dan bersusah payah mengeluarkan peluh dan darah, dan kadangkala menggunakan wang simpanan anak-anak.
Kemewahan yang sebenar adalah ganjaran daripada pelaburan aset yang sebenar. Sebagai contoh apabila saya dan isteri, Kim mendapat wang tambahan hasil darripda rumah sewa kami, Kim menggunakan wang itu untuk membeli kereta Mercedes. Dia tidak perlu bekerja lebih daripada bias ataupun mengambil risiko yang lebih tinggi kerana wang yang dia gunakan adalah daripada kutipan rumah sewa.
Bayar di sini:
http://kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
sila tambah RM13 untuk poslaju
Bayar sini
No comments:
Post a Comment