Wednesday, December 19, 2012

Bisnes tanpa modal-tips wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Bayar di sini


10.12.2012, genap Arissa 2 tahun, dan en.suami pula 12.12.12, cantik catatan harinya. Pejam celik alhamdulillah sudah empat tahun saya bekerja dari rumah. Terima kasih Allah kerana telah memudahkan banyak urusna saya dan paling penting tahun ini sudah merealisasikan impian saya. Mula bisnes tanpa modal saya sudah diasuh sejak dari kecil, nanti kita buat entry khusus yang lain.

Untuk bisnes sya masih dan ada pakar rujukan iaitu dua mentor saya, dua-dua pun jutawan. Namun saya ingin berkongsi perspektif berbeza bermula dengan tanpa modal dan modal minima. Ini antara perbincangan beberapa hari lepas dalam grup perbincangan. Mula bisnes ada modal atau tiada. Ini berdasarkan pengalaman saya dan juga catatan banyak pengalaman usahawan yang sukses. Ada dua kategori bisnes

1. Fizikal-offline
2. Online

Modal
1. Perlu modal
2. Tiada modal

Ok, berdasarkan pengalaman saya bekerja di institusi kewangan mikro, salah satu kekuatan ialah, bermula dengan modal minima. Modal minima! Dan lahir ramai jutawan wanita suri rumah luar bandar. Ini berdasarkan fakta, kajian dan bukan kisah dongeng.

Tanpa modal

Kita tengok pula apa model bisnes selamat yang boleh kita mulakan untu kumpul modal atu bermula. Saya sendiri tidak perlu modal, tetapi modal mungkin untuk beli buku, itu dilihat pula sebagai pelaburan jangka masa panjang. Beberapa langkah dibawah bagi kalian yang baru bermula.

1. Kumpul wang berdikit-dikit, sebulan RM100, sepuluh bulan sudah RM1,000, mudah bukan.
2. Mahu cepat lagi, buat kerja sambilan dan ke semua duit itu simpan sebagai modal.
3. Mula bisnes dropship, hanya komputer dan internet sahaja. Modal kalian hanya internet.

Ini sahaja dulu ya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin