Thursday, December 6, 2012

Meransang anak seronok belajar quran




Arissa usia 1 tahun, beberapa hari lagi 2 tahun, maksudnya sudah dua tahun kami menetap di sini. Alhamdulillah hampir 90% tercapai apa yang saya usahakan untuk tahun ini, untuk tahun hadapan 2013, perlu kuatkan lagi usaha, salah satunya perlu lebih tekun menyiapkan manusrip, saya sudah terbabas dan orang lain lebih maju ke depan. Hati meronta-ronta kerana banyak dan ada yang siap separuh jalan.

Sudah memasuki Disember 2012. Jadi salah satu agenda saya untuk musim cuti adalah memastikan jadual belajar quran lebih teratur. Tahun hadapan Hakim sudah darjah dua, Arif 6, Aiman 5 dan Arissa 2. Ya ampun pantas sahaja masa berlalu. Jadi saya susun semula jadual kerja.

Cuti sekolah begini saya kembalikan semula Hakim kepada guru mengaji yang lama atas banyak sebab. Juga Arif dan Aiman baru bermula. Guru mengaji ini adalah guru yang sama mengajar solat, mengaji di PASTI. Jadi musim cuti tidak ada orang. Lega saya kerana anak-anak saya sahaja, jadi tumpuan adalah lebih kepada mereka. Hakim bermula jam 8.30 pagi dan kemudiannya Arif dan Aiman jam 9 pagi. Dua sesi pagi dan petang. Hakim dan Arif sudah mula bersaing

Dua hari lepas Arif memaklumkan dia sudah sampai dan mahu pintas Hakim. Jadi agaknya abang rasa tercabar.

"Ibu esok abang mahu pagi ya, mahu mengaji dua kali, pagi dan petang, tak mahu Arif laju dari abang." Begitulah bersemangat abang Hakim. Lega hati mendengar. Apabila rasa tercabar begitu barulah datang semangat dan kerajinan. Lega.

Arif pula.

"Ibu, Arif tak nak Hakim laju, Arif mahu berada di hadapan."

"Ok, kalau begitu, lepas maghrib, sambung lagi dengan ayah."



Kita perlu kreatif dalam mendidik anak-anak, terutama dalam pendidikan & pembelajaran Al Qur'an. mereka cepat bosan~mereka suka seronok&bermain~paling penting anak-anak suka jika mereka turut terlibat sama. 

Jadi, e Iqra penuh kreatif ini untuk memenuhi sisi-sisi tambahan dalam pembelajaran Al Qur'an untuk anak-anak. Ia penuh warna-warni-menarik perhatian anak-anak. Ia mengandungi video dan audio yang membuatkan anak-anak seronok untuk belajar. Ia juga ada 3 CD INTERAKTIF yang memerlukan komunikasi dua hala yang membuatkan anak-anak seronok kerana mereka TERLIBAT SAMA MEMEGANG TETIKUS DAN MENGIKUT ARAHAN!


1 comment:

Amir Aiman Akashah said...

menarik
thanks ayu utk pgkongsian ini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin