Monday, December 10, 2012

Pakcik pengayuh beca-motivasi dan inspirasi

Teks: Masayu Ahmad

Dalam minggu ini ada beberapa cabaran kecil yang perlu diuruskan dengan baik, alhamdulillah hampir selesai 90%, esok rasanya saya dapat selesaikan semuanya insya-allah.

Lama sudah saya tidak menulis secara konsisten, padahal hati meronta-ronta untuk menulis, kekangan masa dan juga peluang, saya utamakan yang lebih penting. Mulai hari ini saya mula semula jadual masa kerja yang agak celaru untuk seimbangkan semua urusan kerja, nampaknya sudah ada peningkatan sedikit demi sedikit. Tentu sekali jadual mengurus masa untuk anak-anak, masa siang hari amat pantas dan saya perlu laju menyegerakan mana-mana urusan yang melibatkan orang lain. Moga saya diberi kepantasan dalam bertindak dan membuat penambaikkan dalam kerja pantas, selaju-lajunya. Pantan merancang, bertindak, urus dan selesai masalah.

Selalaunya insya-Allah boleh selesai, sementara menyediakan mental dan fizikal dalam aura positif. Bagi hari saya sangat suka menulis, akan tetapi pada masa inilah masa yang subur untuk menulis perlu berkongsi denga amanah yang lain, jadi perlu dahulukan suami dan anak-anak. Minggu ini kebetulan ada biras yang pulang, jadi rasa ringan kerana dia banyak membantu saya menyelesaikan urusan rumah tangga, dan jadual memasak saya sudah dapat digantikan dengan fokus kepada kerja. 
Esok hari nampaknya, Arissa perlu dihantar, ibu mahu kerja dari jam 9 hingga 5 petang. Satu hari sahaja ya dik. Insha Alla segala urusan tertangguh selesai eosk 100 peratus, saya mahu siapkan dan pejam mata sahaja, Jam lima mahu pulang dengan hati lapang.

Oh ya berbalik kepada cerita dan tajuk di atas. Saya ada bercerita tentang pak cik pengayuh beca dan ah shoo pengutip terbuang untuk kitar semula. Beberpa kali walau hujan dan panas saya terjumpa dengan dua watak inspirasi di atas. Apa yang saya belajar dari dua insan ini. Satunya sudah uzur dan tiada tangan sebelah, meneruskan kayuhan pagi dan petang. Keluar mencari rezeki.

Semestinya pak cik meneruskan kayuhan mencari penumpang, itulah sumber pendapatan. Ada penumpang atau tidak itu belakang kira, apa yang penting usaha diteruskan, diteruskan dan diteruskan. Rezeki di serahkan kepada Allah, ketentuan berapa jumpah upah untuk hari itu. Penumpang adalah perantara sahaja.

Begitu juga Ah Shoo dengan pakaiannya yang agak kusam, ketika menghala keluar mengayuh basikal kosong, petang hari dia hanya menolak dengan bebanan plastik besar berisi kertas dna botol yang dikutip dari satu tempat ke satu tempat sepanjang jalan raya utama

Saya?

1. Harapnya saya terus konsisten berusaha dan memperbaiki kelemahan yang ada. Bukan tunggu tahun depan tetapi setiap kali hari baru bermula.

2. Lebih cekal dan tabah, ramai yang kurang bernasib baik, dan tahu menikmati syukur dan segala apa yang ada disekelilinga.

3. Lebih peka, fokus, hidup bukan sekadar untuk diri sendiri dan bagaimana cara berkongsi rezeki dan sama-sama meraih peluang dan menggunaka peluang yang ada sebaik mungkin.

Salam kasih sayang
Masayu Ahmad


Meransang anak suka belajar quran dan tajwid
Untuk sepanjang cuti persekolah dan aktiviti sepanjang tahun, antara pengisian yang perlu adalah meneruskan pembelajaran dan ulangkaji quran dan tajwid. Sebelum saya berkongsi 5 pandangan testimoni, saya sarankan dahulu e-iqra set interaktif untuk belajar quran dan tajwid. Masih lagi memerlukan guru mengaji sebagai rujukan utaman.

E-iqra ini sangat sesuai untuk ulangkaji, pengukuhan, sesi latihan, dan juga sesuai ibu bapa sibuk. Berbanding memberi pemainan atau 'video game' psp dan seangkatan, ini satu lagi pembelajaran interaktif yang sesuai di mana sahaja.

Harga di atas akan bermula Januari 2013

10 sebab perlu dapatkan e-iqra

1. Satu sistem pembelajaran interaktif yang diterbirkan DBP, hasil usaha gigih 7 ulama terkemukan Malaysia.

2. Menggabungkan sistem pembelajaran iqra dan tajwid yang dipersembahkan dalam bentuk animasi penuh warna warni dan permainan yang amat menyeronokkan.

3. Mulai hari ini, tiada sebab lagi kenapa anak kita tidak boleh belajar dan memahami al-quran.

4. Kaedah mudah belajar al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia.

5. Diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

6. Pakej ini mengandungik tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid.

7. Menepati kehendak kokurikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.


8. Harga pakej pengenalan RM120 akan berakhir 31 Disember 2012. Harga baru mulai 2013 adalah RM210, dapatkan segera daripada kami pengedar esklusif online. 

9. Belajar quran dan tajwid, terbitan DBP, kami pengedar esklusif online. RM120, pos percuma, sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.



Bayar di sini untuk tempahan dan pembelian RM120, pos percuma


NOTA: PENGEDAR ONLINE MASIH DIBUKA, HUBUNGI SAYA, DI FBhttp://www.facebook.com/masayu.ahmad?ref=tn_tnmn



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin