Wednesday, October 9, 2013

Putus asa tidak ada ruang sebesar zarah dalam kehidupan seorang pendaki sukses

http://monalitamansor.blogspot.com/2013/10/beberapa-tips-mengekalkan-momentum.html


1.    Membaca – Tidak kisah apa bahan bacaan, waima pembungkus tempe jika ia dapat memberikan ilmu, maka membacalah. 
2.       Catatan – sentiasa membuat catatan, sama ada menggunakan gajet atau secara manual.  Dato’ A Samad Said sentiasa membawa buku nota di dalam beg yang dibawanya ke hulu ke hilir.  Saya hanya membawa sebuah gajet yang boleh mengambil gambar dan menulis sekaligus.  Sangat bermanfaat.
3.       Bertanya – bertanya tak semestinya bertanya pada manusia.  Kemudahan ilmu dan maklumat tersedia di hujung jari.  Pertanyaan boleh dibuat dengan menelusuri Google, Wikipedia atau membaca status-status penulis terkemuka yang menjadi kawan atau yang anda ikuti di facebook, twitter dan sebagainya.
4.       Menulis – menulislah walau sebaris ayat sehari.  Ini juga pendekatan yang ditekankan di dalam mana-mana kelas menulis.  Menulis adalah proses mengasah.  Hari ini anda menulis perkataan ‘saya’, esok ‘ada’, lusa ‘kemahuan’, tulat anda sudah menyiapkan satu ayat ‘saya ada kemahuan’ bukankah itu satu proses?
5.       Jangan buang catatan pertama/awal.  Sekalipun anda menyampah tahap tenuk betina beranak sulung meroyan pada catatan itu, jangan dibuang.  Biarkan sahaja.  Datangi ia sebulan, atau setahun daripada sekarang, anda akan menjumpai ‘sesuatu’ di situ.
6.       Sentiasa menyokong penulis lain.  Novelis Haiza Najwa pernah mengingatkan, jika tidak membacapun, cukup setakat ketikan ‘like’  kerana satu ketika nanti, anda juga memerlukan ‘like’ yang sama.  Apabila anda terbaca kejayaan sahabat penulis lain, ringankan jari untuk mengetik ‘like’ ataupun taipkan tahniah.  Percayalah, dia sangat menghargainya dan dia akan melakukan perkara yang sama untuk kejayaan anda.
7.       Terima kritikan, budayawan Siti Zainon Ismail dikritik kerana menulis tidak berpandukan plot tetapi apa yang beliau lakukan?  Beliau masih berdiri sebaris dengan penulis lain, masih berkarya.  Kritikan, sama ada dengan niat menjatuhkan atau menaikkan adalah hak pengkritik sebagai imbalan kepada wang, masa dan ilmu yang mereka keluarkan.  Pengkritik boleh jadi sesiapa sahaja, pembaca, sahabat baik, musuh tak berapa ketat, bekas cikgu kita, malah orang awam juga. 
8.       Mantapkan emosi.  Jika anda Muslim sentiasa ingat bahawa apa yang berlaku adalah di dalam pengetahuan Allah juga.  Jika terguris dengan kritikan, serahkan rasa susah hati itu pada Allah.  Jika bukan Muslim, gunakan pendekatan psikologi dengan memandang positif dan mengharapkan sesuatu yang baik di sebalik apa yang berlaku. 
9.       Tetapkan genre.  Jika anda berusia 40 tahun, tentulah selera anda tidak sama dengan anak gadis berusia 20 tahun.  Tetapkan genre karya anda dan tentukan khalayak pembaca anda.  Dari situ, ilham akan bergerak dengan sendirinya setelah anda tahu matlamat anda.
10.   Elakkan menulis tema yang klise.  Sebagai contoh tema kahwin paksa.  Anda tidak digalakkan meniru tema tersebut tetapi jika anda mampu menggarap dengan teknik yang lebih bugar sehingga pembaca terasa kelainannnya, tidak ada salahnya. 


Saya memperolehi semua ini menerusi perjalanan yang panjang.  Anda boleh memperolehinya tanpa melalui perjalanan sejauh perjalanan saya.  Sertai kelas Asas Blog dan anda akan faham apa yang ingin saya sampaikan di atas sana.
PM saya untuk masuk kelas.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin