Saturday, October 5, 2013

Kepercayaan melangkaui sempadan-ubah apa yang kita fikirkan, ia lebih luar biasa

Cuti raya puasa yang lalu sewaktu singgah makan di Banding Lakehouse Resort, saya beratur di belakang anak lelaki saya Irfan yang istimewa bertangan satu mengambil makanan hidangan buffet. Tiba-tiba suara di belakang saya bersuara, "tak reti ke nak tolong budak tu?". Saya hanya berpaling dan membalas dengan senyuman. 
Irfan tidak pernah kami suami isteri layan seperti anak istimewa. Tiada beza dengan anak-anak yang lain. Hasilnya kini Irfan amat berdikari malah lebih hebat dari kita yang sempurna dengan 2 tangan. Irfan hebat memancing. Badminton tiada masalah. Motosikal boleh dibawanya. Melayan game di laptop hebat berperang menggunakan kaki.
Moralnya di sini, kita selalu melihat sesuatu dengan pandangan emosi dan bukannya pandangan akal. Sewaktu kita melihat sesuatu awal-awal lagi kita sudah membuat keputusan tentang apa yang kita lihat itu. Samada dalam dunia personal atau profesional amat penting sekali untuk kita menjaga aspek ini kerana ianya menyentuh tentang nilai kepercayaan kita kepada anak-anak, pasangan, kaum keluarga, rakan taulan mahupun kakitangan kita.

Cukup di sini coretan pendek saya. Renung-renungkan.
"Apa yang kita lihat tak semestinya seperti apa yang kita fikirkan".

Wassalam.
Singgah di blog Nor Azura Abdullah, berkongsi info bekerja sambil berniaga.
http://azuraabdullah.blogspot.com/
Selamat datang dua lagi pelajar baru, di kelas ke 13, guru online Mie Normi dan kelas ke 14 guru online Ashikin Hashim. Alhamdulillah, kami menerima pendaftaran setiap hari.
Guru-guru kami di serata Malaysia, pelajar juga di serata tempat melangkauui sepanda Malaysia. Semua hanya di hujung jari sahaja.
1. Kelas adalah fleksibel
2. Pendaftaran diterima setiap hari
3. Kelas mengikut kesesuaian pelajar

Dua kelas ini ditawarkan dan kini 14 kelas sedang berlangsung.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin