Thursday, October 10, 2013

Seni kehidupan

Teks: Masayu Ahmad
11.10.2013


Nikmat manakah yang kamu mahu dustakan? Seringkali kita menjadikan harta dan kekayaan itu sebagai ukuran sebenar kebahagiaan. Apakah itu sahaja yang ada? Juga saya tersentuh hati dengan satu perkongsian di fb oleh seseorang, beliau menyatakan sudha menjadi trend kini, ibu bapa sekarang sangat sibuk, siang bekerja, malam juga bekerja. Hujung minggu pula menghadiri sana-sini seminar bisnes. Anak-anak pula di mana?

Kisah-kisah anak-anka di dera, rumah pengasuh, tadika, kematian. Ya Allah, itulah dunia akhir zaman, kita dihimpit-himpit dengan masalah keduniaan.

Saya kembali berfikir. Apakah tidak ada cara untuk mengimbangi itu semua. Ya semua orang mahu terbaik untuk kehidupan, siapa tidak mahukan kaya di dunia dan kaya juga di akhirat. Islam sudah menggariskan semua panduan. Berbalik pula kepada rezeki. Seberapa banyak kita yakin akan Allah adalah pemberi rezeki yang sebenar-benar, ia tidak kita bekerja di rumah atau luar rumah. Justeru, apabila kita yakin sudah tentu kita dapat mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat.


Jika kita yakin rezeki datang dari Allah, sudah tentu setiap hari kita boleh peroleh gaji secara cash. Semua orang boleh dan sudah tentu boleh selepas kita berusaha sehabis daya, sehabis tenaga, diiringi doa dan tawakkal.

Apakah yang saya mahu sampaikan ini? Ya, saya juga tidka tahu mana tenaga yang saya ada, menguruskan anak-anak yang sedang membesar seramai 4 orang, menjaga warga emas kedua mertua dan juga ayahanda. Namun Allah masih memberi rezeki tidak putus walaupun saya masih berada di rumah.

Bukankah ini juga rezeki dan nikmat?
Sayalah orangnnya paling malas mengusahakan sesuatu yang boleh menyebabkan atau melibatkan perkara remeh temeh. Sayalah orangnya akan berfikir sekreatif mungkin agar semuanya boleh saya lakukan dengan lebih mudah, lebih fleksibel dan saya boleh nikmati kesemuanya.

Alhamdulillah, sangat manis perjalanan ini, sungguh manis atas laluan ini. Ia manis apabila kita lihat segala cabaran dalam kehidupan itu adlaha ujian sebagai sabar dan tabah untuk mengecapi setiap nikmat kehidupan. Terima kasih Allah, terima kasih Allah. SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar! Sayalah orang paling tidka bersyukur sekiranya saya mementingkan diri dengan tidak mahu menjaga orang tua. Mereka sumber nikmat dan rahmat kasih sayang Allah. Alhmadulillah

Travelog suri
11.10.2013





2 comments:

Maria Qiptiyah said...

Errr... berseni sungguh kak Masayu ni.. huhuuh

Masayu Ahmad said...

Mariatul Qiptiyah

hehhe, ya seni buat orang tertunggu-tunggu

tunggu ya ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin