Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja di rumah dari sekarang, dapatkan naskah ini www.janawangdirumah.com
Assalamualaikum w.b.t, menjejaki 2 Oktober 2013. Alhamdulillah.
Semalam saya dan Arissa sahaja pulang ke rumah ayah. Bulan ini penuh jadual, ihi. Ya Allah ampunkan saya. Esok saya akan pulang lagi, mahu masakkan gulai kuning ikan tenggiri. Ya, kalau balik saya mahu santai dan berehat, tetapi saya lupa ayah mahu masakan air tangan.
Semalam bawa sahaja makan di luar, kononnya mahu bawa satu restoran nasi arab, saya selalu lihat restoran itu dan menunya, dan selalu fikir mahu bawa ayahanda juga. Alahai semalam tutup, jadi menjejaki sahaja restoran lain, menu sup daging, kailan ikan masin, udang tepung, nasi panas dan daging goreng kunyit.
Saya bukan mahu bercerita pasal makan, tetapi bercerita tentang usahawan atau pengusaha restoran tersebut. Dia bukan hanya ada satu, tetapi dua, satu di situ, satu lagi di seberang jalan. Nampak tak? Kiri dan kanan. Ketika membayar saya melihat kad bisnes, ada lagi bisnesnya. Di depan restoran ini penuh dengan kereta. Ya kereta sewa pandu. Restoran ini juga lokasinya berdekatan dengan UMK, dan juga airport Pengkalan Chepa.
Model bisnes mengikut bidang
Strategi bisnes itu penting, berdasarkan siapa pelanggan sasaran dan operasinya. Juga ia sangat berkait-kait. Itulah saya dalam berbual itu, sempat tanya itu dan ini. Ia juga proses belajar. Setiap orang ada pengalaman yang boleh kita belajar, bersambung...
No comments:
Post a Comment