Saturday, October 12, 2013

Rai kejayaan setiap hari

Teks: Masayu Ahmad
mula kerja dari rumah rancang dari sekarang, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Assalamualaikum w.b.t

Saya kira ramai yang sudah sampai ke kampung halaman masing-masing sempena Aidil Adha. Alhamdulilllah pagi tadi sudah turun dari rumah mertua balik ke rumah ayahanda. Saya mengimbangi masa untuk berada di rumah ini, alhamdulillah semakin ok dan semakin memudahkan dan dipermudahkan laluan oleh Allah.

Pagi tadi singgah di pasar borong TEMAN, niatnya mahu merai ayahanda dengan masakan yang dia mahu makan. Gulai tenggiri ala kelate aroma daun kesum, kerabu timun, tenggiri goreng, ulaman segar cicah budu perahan limau. Alhamdulilllah.

Ketika sampai, dapat juga poli ubi kayu, emak saudara depan rumah yang berikan, kami tumpang semangkuk. Alhamdulillah kira lengkap menu minum petang, saya buatkan juga satu jag teh ais yang super kaw sejuk dan nyaman.

Sasaran bulanan
Alhamdulillah, semalam terbit dan selesaik juga ebook Asas blog dan penulisan. Ebook ini adalah ebook rujukan bagi kalian yang ingin belajar menulis dan menulis blog berpengaruh. Semalam harga promosi RM30, terima kasih yang memilikinya, hari ini harganya sudah kembali RM50. Ya harga sudah kembali kepada harga asal. Saya sangat serius dengan harga promosi, kerana hanya yang benar-benar mahu sahaja yang akan merebut peluang dan tidak ada peluang ke dua.
Boleh miliki ebook ini, boleh lihat di sini ya

dapatkan naskah ini di sini http://ebookasasblog.blogspot.com/


Percuma ebook 101 idea home-based bisnes
Ok, bermula hari ini, ebook ini diberi percuma bagi pendaftaran kelas online yang saya tawarkan. Jadi ambil peluang ini ketika saya baik hati mahu beri percuma.

Apabila ia sudah terbit kelak, harganya adalah RM30 dan kalian perlu bayar untuk harga ini.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin