Wednesday, October 23, 2013

Setiap hari adlaah super gembira

Sini sudah mendung setiap hari, tika malam hujan lebat, sejuk membumi. Alhamdulillah, selamat datang tengkujuh nan permai. Ingatan mula mempamer rakaman rekod lama tapi masih bugar dalam tayangan memori masa. Diri ini membayaangkan kembali anak kecil seronok ralit bermain rakit, menolak angin ombak, bermain tepian pantai musim tengkujuh.

Enaknya makanan putu ubi kayu, beratur sakan sambil melihat kepulan asap sambil berpayung. Bermain pondok-pondok di bawahnya aliran air hujan. Mandi manda berjemaah lari ke sana sini dari rumah ke rumah, berebut curahan air hujan terkumpul di corong zink rumah.

Mengiurkan apabila lapar, emak hidangkan sayur lemak pucuk nidding segar yang dikutip sekitar rumah. Tambah pula ikan budu perahan limau nipsi, asa berkepul dari wap nasi dalam pinggan. Meriahnya suasana masa kanak-kanak. Ia penuh emosi pengalaman dan kasih sayang.

Segalanya indah. Keindahan bersulam kasih sayang tanpa sempadan. Saya rindukan mek. Al-Fatihah buat Rakiah Daud.

Ok, baik saya mahu kembali tajuk di atas, bagaimana untuk kita gembiar setiap hari. Tambah pula kita sebagai ibu dan isteri, pekerja di rumah dan luar rumah. Masa sekarang semakin pantas dan pendek, manakala tugas berebut-rebut menarik kita untuk selesaikan.


Tidak semua wanita/ibu sesuai bekerja dari rumah. Apabila kalian mula stres, terkongkong, tidak boleh fokus. Itu maksudnya, perlu banyak belajar bersabar dan cari semula pendekatan yang sesuai. Jika kita mudah rasa senta, mudah kecewa, naik angin dengan kerenah pelanggan apalagi anak-anak kecil. Semak semula matlamat asal.
www.janawangdirumah.com

Tips urus stres super gembira ibu sibuk
Selalu saya disapa, kak mas bantu saya saya stress, kak mas kongsi macam mana urus masa. Sya ini mak yang tak ada bibik, jaga pula anak-anak sedang membesar seramai 4 orang (4 orang je baru, itu pun nak kecoh mek ayu)

Ibu, ibu asha yak.
Ibu, ibu nak baju.
Ibu, ibu Aiman kacau saya.
Ibu, ibu nak milo.
Ibu, ibu mana buku saya.

Masa tulah ibu nak masak, nak lepak, nak menulis, nak melayan pelanggan (online je pun tak nampak)
Jadi kalau saya sibuk pun saya buat macam tak sibuk, kalau penat pun buat tak penat. Eh macam mana tu, kalau rasa penat kecewa , nak marah, tak puas hati. Itu semua buang dalam tong sampah. Fikir ppositif sahaja, nikmat duduk rumah, tak macam dulu berejam dalam jem, nikmat duduk rumah bila-bila masa pun boleh kacau milo panas cicah roti.

Nikmat hari ini, selepas Aiman dan Arif bawa pulang kertas peperiksaan. Arif semuanya dapat 100 markah penuh, , Aiman hanya duak kertas yang tidak dapat markah penuh. Habis semua hilang rasa geram pagi tadi pada Aiman yang mengamuk-ngamuk sebelum ke sekolah.
Inilah nikmat dan sabar. Sabar atas segala pahit ke manis ke, telan sahaja, ang pahit tu buang ler jangan telan, simpan yang manis-manis sahaja. Barulah hidup penuh tenaga dan ceria.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin