Sunday, October 27, 2013

Masalah wanita bekerja di luar rumah,


Teks: Masayu Ahmad
Sumber www.janawangdirumah.com

Bekerja dari rumah adalah salah satu solusi kepada dilema yang dialami wanita yang sudah
berkeluarga. Perkembangan dunia internet, pendidikan dan kemahiran adalah gabungan
efektif untuk merealisasikan usaha anda untuk berada di rumah.
Berikut adalah antara dilema dan masalah yang dihadapi wanita bekerjaya, termasuk diri
saya sendiri. Namun penyelesaian terhadap dilema tersebut mula membuka peluang untuk
berada di rumah.
Masalah 1: Bertukar Pengasuh, Masalah Pusat Jagaan
kkanak-kanak, Kerap Bertukar Pembantu Rumah
Menggunakan khidmat pengasuh. Berdasarkan pengalaman sendiri, pemerhatian dan juga
masalah rakan-rakan yang bekerjaya yang masih mempunyai anak kecil adalah kerap
bertukar pengasuh dan masalah pembantu rumah.
Ibu bapa akan mula mencari pengasuh yang sesuai apabila mendapat kelahiran pertama.
Alasan biasa yang diberikan menggunakan khidmat pengasuh berbanding menghantar ke
pusat jagaan, anak lebih mendapat perhatian.
Masalah biasa yang dihadapi apabila menggunakan khidmat pengasuh ialah:
 Pengasuh cuti mengejut.
 Pengasuh cuai.
 Umur pengasuh yang sudah uzur.
 Pengasuh yang menjaga ramai anak kecil pada satu masa.
 Pengasuh yang melakukan banyak kerja pada satu masa seperti menjahit atau
melakukan bisnes lain.
Namun tidak semua mendapat pengasuh yang baik dan juga pusat jagaan yang sesuai.
Kadangkala bergantung kepada nasib dan rezeki. Sekiranya sudah ada pengasuh yang serasi,
maka amat mudah bagi ibu bapa mula fokus kepada urusan-urusan yang lain.
Menggunakan khidmat pusat penjagaan kanak-kanak. Begitu juga pemilihan pusat jagaan,
ianya memerlukan ibubapa melakukan perbandingan beberapa tempat jagaan sebelum
membuat keputusan pusat jagaan terbaik untuk anak-anak.
Pemilihan taska atau pusat jagaan berdasarkan perkara berikut:
21

 Bilangan anak-anak yang sudah ramai, mudah bagi anak-anak yang sudah bersekolah
untuk transit di tempat jagaan yang sama dengan adik-adik yang lain.
 Lokasi berdekatan dengan kediaman, memudahkan urusan menghantar dan
mengambil.
 Lokasi yang dekat mampu menjimatkan masa untuk berada di rumah seawal yang
boleh.
 Bayaran yang dikenakan adalah setimpal dengan khidmat yang diberikan.
Kos penjagaan akan semakin meningkat sekiranya anak bertambah ramai. Harga membayar
perkhidmatan seorang anak kini sekitar RM200 sehingga RM300. Jadi untuk tiga orang anak
ibu bapa perlu memperuntukan sebanyak RM500 sehingga RM600 sebulan. Berdasarkan kos
tersebut, adalah lebih baik mengupah pembantu rumah, selain menjaga anak, pembantu
rumah juga boleh melakukan aktiviti mengemas rumah dan menguruskan rumahtangga.
Pembantu rumah. Selepas kelahiran anak ke dua, ke tiga dan seterusnya dilema yang
dihadapi wanita yang bekerjaya adalah sama sahaja. Mencari keserasian pengasuh anakanak

bukan satu perkara yang mudah. Itulah sebabnya terpaksa bertukar pengasuh kerana
masalah yang tidak dapat dijangka oleh pihak pengasuh atau pihak ibu bapa.
Pembantu rumah dijadikan sebagai pilihan ke tiga untuk menjaga anak-anak ketika ibu bapa
menjalani rutin hari bekerja. Alasan yang paling popular adalah berkaitan kos yang dikatakan
setimpal sekiranya menggunakan pembantu rumah. Jika terpaksa membayar RM600 untuk
menghantar anak ke pusat jagaan, adalah lebih baik membayar gaji pembantu rumah,
kerana kosnya lebih kurang sama sahaja. Apa yang lebih penting, pembantu rumah boleh
meringankan bebanan wanita bekerjaya dengan menguruskan kerja rumah selain menjaga
anak-anak.
 
Masalah 2: Penjagaan Anak-anak Sakit

Baca lagi naskah ini ya di sini www.janawangdirumah.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin