Tuesday, October 15, 2013

Mengurus emos, rahsia khidmat pelanggan online

Teks: Masayu Ahmad


Prinsip universal yang ditetapkan Allah ke atas sekalian manusia, cabaran dan rintangan adalah pengorbanan sebelum meraih hasil sukses.
"Sesungguhnya, selepas melalui kesusahan pastinya ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah:6)
MasayuAhmad.com
Mula rancang kerja dari sekarang www.janawangdirumah.com

Khidmat pelanggan online: Sumber 101 idea home-based bisnes

Salah satu perkara yang perlu usahawan ambil tahu terutama ibu-ibu muda yang baru berjinak dengan bisnes online. Tiga perkara berikut.

1. Emosi pelanggan
Kebanyakan ibu muda yang aktif berjualan secara online ia sangat berbeza dengan situasi seorang remaja dan orang dewasa lelaki. Wanita yang bekerja di rumah perlu bijak mengawal emosi. Sudah tentu salah satunya kerana ia mengawal beberapa perkara serentak, suasana di rumah, suasanan anak-anak, suasana ketika fokus menguruskan bisnes.
Pelanggan pula tidak kira masa, akan mengandaikan bahawa penjual sentiasa berada dalam keadaan ok dan super.
Sudah tentu apabila pelanggan bertanyakan sesuatu info atau produk, mahukan respon atau jawapan balas yang cepat dan sempurna. Inilah titik mula bagaimana pemilik bisnes online terutama ibu muda yang mmepunyai anak kecil perlu bijak mengawal emosi sendiri dan juga emosi pelanggan.
Jawab dengan bahasa yang baik, dan terangkan produk dengan jelas. Sekiranya kita berada dalam situasi kelam kabut atau sedang marah jangan jawab dahulu.

2. Emosi sendiri
Emosi ini juga turut berubah-ubah, tentunya awal pagi tidak sama dengan tengahari. Biasanya ibu-ibu pada waktu tengahari sudah mula sibuk mahu memasak atau menyediakan makanan kepada ahli keluarga. Begitu juga kelelahan dalam menguruskan rumah tangga perlu dibezakan dengan baik iaitu tahu dimana perlu bertindak sebagai 'wahm' dan tahu juga bila sesuai untuk bertindak 'ibu yang bekerja di rumah'.
Ketika anak-anak menuntut perhatian, sangat perlu untuk ibu bekerja di rumah bijak mengendalikan emos.
Jangan sesekali suara kedengaran di corong telefon, apabila anak-anak sedang memberontak atau meminta perhatian serentak. Pelanggan yang sedang menanti, akan merasa satu kepelikan tidak munsabah. Belajar bertenang dan urus emosi dengan bijak.

Bersambung ya,

3. Emosi ketika menguruskan kerja

4. Emosi ketika menguruskan anak-anak kecil


Pakej ebook promosi bulan ini, bayar RM100 sahaja bukan RM130






No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin