Berapa ramai di kalangan kita masih rasa kurang yakin atau was-was akan rezeki Allah. Jika berhenti kerja, rasa tidak yakin tidak ada rezeki. Ya betul. Sebab itulah kita perlu merancang dan tidak boleh semberono terjun. Rancang, tetapkan strategi dan fokus untuk capai matlamat.
Allah boleh beri cash setiap hari
Saya masih tergiang dan terpahat kukuh dalam minda, ketika hadir seminar Dato' Rusly, antara kata-katanya, submit proposal kepada Allah, apabila Dia sudah berkenan dan lulus maka kerja kita sungguh mudah.
Ini sangat ada kaitannya dengan amalan menjemput rezeki lebih mudah berbanding, mencari rezeki. Saya memetik buku Mudahnya Menjemput Rezeki, jika jaga adab dan sopan untuk menjemput rezeki. Kita sudah tahu siapa Pemilik Rezeki, maka gembirakan Pemilik. Antara amalan yang ditekankan untuk lebih mudah dan beradab dengan Pemilik Rezeki.
1. Solat awal lima waktu. Bagi lelaki solat lima waktu berjemaah di masjid sangat digalakkan.
2. Bersedekah dengan iklhas.
3. Menjaga kebajikan orang tua
4. Solat taubat, tahajjud, hajat (qiamullail)
Dan banyak lagi panduan yang diberikan untuk memudahkan kita menjemput rezeki. Jika kita yakin, tidak perlu tunggu hari gaji, hari-hari pun boleh berikan gaji kita secara 'cash' tanpa pelru tunggu hari apa, berapa banyak yang Dia suka.
Rezeki dan amanah
Saya sangta yakin seberapa banyak rezeki yang kita peroleh atas dasar apa 'kapasiti kita layak' dan kita telah 'berusaha'. Juga rezeki itu juga sebagai tanda kasih sayang Allah. Kasih sayang itu juga akan diuji lagi.
Diuji dalam bentuk rezeki yang banyak dan berkat, rezeki yang banyak tidak berkat, rezeki yang banyak dan adakah kita layak menanggung kapasiti rezeki yang banyak itu. Sama ada kita menjadi sombong, kita jadi terus berusaha dan menjaga adab, kita terus kekal istiqamah bekerja luar biasa, atau kita terus kekal sebagai orang yang bersyukur dalam menjaga amanah rezeki.
Mudah-mudahkan, sahabat saya di sini semua dalah orang yang sentiasa bersyukur dan sentiasa yakin berusaka, serta tahu amanah dan tanggungjawab atas rezeki yang kita perolehi.
Salam kasih sayang. ;)
bayar di sini saya mahu harga promosi RM100 sahaja
No comments:
Post a Comment