Monday, October 7, 2013

Jangan separuh jalan

Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
www.janawangdirumah.com

Salam kasih sayang sudah pun 7.10.2013. Berbaki lagi 2 bulan lebih, maknanya lebih kurang 11 minggu sahaja lagi. Ya, 11 minggu untuk saya selesaikan 13 buku/ebook. Sasaran untuk tahun ini. Susunannay sudah ada di sini, saya sudah kemaskini semula susunan yang sudah terbit. Naskah, ini akan dimasukkan dalam sistem yang lebih mudah untuk pengedar saya.

Ya, sistem affiliate, bagi yang mahu sertai penjualan ebook digital ini boleh beli mana-mana ebook dan maklumkan saya mahu sertai agen juala ebook. Untuk tahun ini saya sangat selesa dengan produk dan servis digital

1.Kelas online, iaitu kelas yang menawarkan dua kategori kelas.
i. Kelas asas blog dan penulisan.
ii. Kelas asas blog dan fan page

2. Produk digital, iaitu ebook, dan kita masih melengkapkan pakej ebook ini mengikut bidang bisnes. Sudah tentunya ia rujukan bagi home-based bisnes. Ya itulah tujuannya, agar ia menjadi informasi pelengkap.

Pun begitu kecintaan saya masih lagi penulisan kesihatan dan kecantikan kerana saya bermual dari situ, jadi ebook 30 tips sihat hamil dan pantang, adalah panduan berpantang dan bersalin. Ada beberap manuskrip untuk kesinambungan bermula hamil, pantang dan selepas bersalin. Kerana sudah banyak bahan yang sudah dikumpul sejak bekerja sebagai wartawan, saya satukan dengan temuramah pakar dan doktor. Insya-Allah.;)

3. Periklanan. Ya kami juga menawarkan periklanan khusus untuk wahm dan soho. Kini 120 blog mula mempromosi logo sohodirectory dan membawa bersama iklan bisnes yang mempromo bersama kami. Insya-Allah.

4. Produk fizikal, ya produk fizikal produk sunnah masih berjalan seperti biasa operasinya. Saya dibantu dua pembantu untuk tujuan pembungkusa, alhamdulillah, tugas kini lebih mudah kerana hanya di rumah sahaja. Juga skynet jaraknya lebih dekat.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin