mula rancang kerja dari rumah, dapatkan naskah ini www.janawangdirumah.com
pm saya di fbhttps://www.facebook.com/masayu.ahmad
Assalamualaikum w.b.t
Salam kasih sayang, salam Aidil Adha, ampun maaf zahir dan batik ikhlas dari saya buat pembaca disayangi Allah sekalian. Selamat bercuti dan merai hari mulia walau dimana sahaja kalian berada.
Asalnya pagi ini mahu buat nasi ayam dan nasi himpit bersama kuah kacang, yang jadi nasi berlauk gulai ayam dan ayam goreng sahaja. Alhamdulillah, masih ada kesempatan merai hari mulia bersama kedua mertua dan petang nanti baru pulang ke teratak ayahanda.
Di sini suasana sambuta raya korban masih meriah sebagaimana biasa. Arif, Hakim dan Aiman berpagi-pagi bangun dan bersama atok, mok, ayah, cik muni dan ayah li ke masjid.
Pulang masjid nanti seperti biasa, akan ke lokasi korban, menguruskan daging korban bersama jemaah yang lain. Anak-anak masih merasai suasana ini, alhamdulillah.
Raya di Kelantan masih meriah berbanding di bandaraya, saya dua kali berpengalaman. Aduhai,aduhai ia memang berbeza. Di sana hanya seperti cuti umum sahaja, di sini masih meriah berkumandang takbir raya. Habis solat masjid, orang lelaki gegas pula untuk urusan korban.
Juadah sup daging, singgang daging, daging goreng kunyit dan pelbagai lagi menu enak akan mula meriah minggu pertama perayaan ini. Setiap hari hampir ada sahaja jemputan makan-makan di kampung. Memang kenyang dengan nasi, bukannya dengan kuih muih. Alhamdulillah, inilah nikmatnya, nikmat suasana, nikmat kemeriahan dan nikmat sambutan. Ia mungkin tidak dapat rasa ketika saya beraya di Kuala Lumpur. Mungkin juga saya, perbezaan jelas kerana sudah diwarnai suasana ini sejak dari dulu.
Salam Aidil adha walau di mana sahaja kalian berada.
No comments:
Post a Comment