Monday, October 7, 2013

Pagi terhebat bermula lagi

Teks: Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com

Selesai sudah urusan pagi menjelajah blog dan juga kelas-kelas online. Jam 8.30 sebegini saya mahu rehat sebentar menikmati ngeteh pagi. Menikmati sarapan enak pagi, nasi berlauk dan teh tarik. Tidak selalu, tetapi ini 'tempoh rehat' sebentar, sebelum saya sambung pecutan menyiapkan 200 mukasurat suntingan manuskrip.

Cabaran 3 bulan terakhir ini masih lagi 13 ebook sasaran dan kemaskini web jualan dan affiliate. Dropship masih berjalan seperti biasa. Alhamdulillah.

Kecintaan terhadap penulisan tidak pernah padam. Terima kasih Allah, terima kasih Allah. Menulis dan bekerja di rumah. Itulah keterujaan saya. Saya sesak nafas dengan kesesakan lalu lintas. Saya suka ruang bebas dan fleksibel. Walaupun sibuk, saya suka sibuk gaya cara saya. Tidak perlu bersesak seperti yang lain. Kalian juga boleh. Kita yang pilih dan tentukan. Ok nanti saya sambung, mahu ngeteh dulu sementara Arissa bergolek sakan. ;)

Salam kasih sayang, jika belum mula. Dapatkan naskah ini sebagai persediaan awal www.janawangdirumah.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin