Thursday, October 3, 2013

terus berjuang, tetapkan sasaran dan fokus!

Teks: Masayu Ahmad
mula rancang dari sekarang ya www.janawangdirumah.com

Tiada kenikmatan sebenar, selain merasai damainya wajah mulus anak-anak, udara nyaman pagi hari. Pagi ini kembali bersiaran di perkampungan nelayan, kampun kelahiran. Alhamdulillah segala nikmat dan rahmat.

Tenang dan nyaman, suara kokokan ayam masih bersahutan, penghuni sudah berpagi-pagi. Namun hujung minggu begini keadaannya lebih mendamaikan.

Jadual kerja kini lebih tersusun, dua pembantu sudah cekap untuk urusan dropship produk sunnah dan produk buku.

Fokus saya untuk 2013 dan 2014 sudah kembali ke trek. Ya, tahun ini saya wajib menamatkan larian 13 buku/eboo. 2014 lebih agresif perlu lebih patuh kepada jadual, sebulan 1 buku atau ebook. Itu arahan suara dalam diri. Trek dan pecutan sudah dikenalpasti. Insya-Allah.

Apakah tugas saya?
Tugas saya mengumpul seberapa banyak informasi dan memudahkan kalian untuk mendapat rujukan. Kita temurama pelbagai latar belakang usahawan, fokusnya sudah tentu home-based bisnes, tetapi bisnes offline juga saya akan masukkan juga.

Dengan permulaan blog inilah, saya menghasilkan 15 manuskrip, yang sudah diterbitkan buku dan juga ebook, ada yang belum terbit dalam masa 4 tahun. Juga rangkaian pengedar melalui blog dan face book. Juga menghasilkan tiga web dot com. Dua lagi sedang dalam proses kemaskini semula. Namun yang perucuma ini masih aktif seperti biasa.

Mulakan dengan apa yang ada, maksimakan penggunaannya! Kita selalu membayangkan yang sempurna, sedangkan, dengan apa yang ada itulah kita bekerja luar biasa dan mengandakan pendapatan dari tiada kepada ada.

Satu zon 'luar biasa' apabila kita menggunakan apa yang sudah ada, dengan sedaya upaya dan kita boleh senyum, ia juga boleh menghasilkan pendapatan. Jadi buang dari sekarang, oh kalau ada ini baru, boleh, kalau ada modal sekian-sekian baru boleh. Tidak ya, dari modal internet dan komputer sahaja, gunalah sebaiknya. Kerana saya juga alhamudlillah, Allah beri sebanyak-banyak ruang dan peluang.

Mahu mula bekerja di rumah, www.janawangdirumah.com

Mahu tahu cabaran bekerja di rumah, baca yang ini http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Mula bisnes makanan http://101ideabisnesmakanan.blogspot.com/

Mahu mula kelas belajar asas blog menulis, dan bina kedai online, sertai kami di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin