Sunday, October 27, 2013

kopi panas kurang manis, hidup santai tersangatlah...

Teks: Masayu Ahmad

Hai, hai salam kasih sayang, asyik artikel berat sahaja kan. Malam minggu begini saya mahu santai dan ringan sahaja. Tidaklah malam minggu kerana kalian sudah bekerja kan esok hari.

Ok baik, alhamdulillah sejak tiga minggu ini jadual saya sudah semakin ok. Ok, maksudnya Jumaat dan Sabtu saya sudah dapat meluangkan masa dan balik dengan konsisten ke rumah ayahanda.

Minggu ini saya menantikan sesuatu juga, hujung tahun ini menantikan sesuatu juga. Juga sekarang kelajuan menulis semakin baik dan saya sudah masuk trek semula.
Selepas penyelarasan semua tugas, masa saya kini sudah lebih banyak untuk menulis. Saya keluar hanya menguruskan barang-barang yang pelru dipos. Pemantauan adalah minima kerana sudah diserahkan kepada dua pembantu untuk urusan pembungkusan dan pos.

Jadi saya mahu masa yang lebih banyak di rumah, untuk anak-anak, untuk keluarga. Bukankah ini tujuan asal saya? Mahu bekerja di rumah, bukannya banyak masa di luar rumah. Fokus kembali kepada matlamat kita.

Ya Allah, Ya Rahim, Tuhan sekalian alam, dari Mu aku datang, kepada Mu aku akan kembali. Permudahkanlah segala perjalanan, perjalanan jalan perjuangan. Perjuangan perkongsian agar lebih ramai wanita bekerja di rumah, mampu menguruskan rumah tangga dengan lebih baik.

Menjelang cuti sekolah ini, abang Hakim akan saya hantar ke program cuti sekolah, antara aktiviti pengisian, solat jemaah, qiamullail, hafazan dan aktiviti seimbang dunia dan akhirat. Insya-Allah

Arif dan Aiman ibu akan dan boleh beri tumpuan semula. Manakala Arissa sudah menginjak 3 tahun, ya tiga tahun. Ada sesuatu lagi yang belum saya kongsikan, awal tahun depan saya akan kongsi ya.

Alhamdulilah atas nikmat dan kasih saynag Allah yang tidak pernah putus. Hanya diri saya sahaja kurang bersyukur, kurang berusaha, kurang bertaubat, kurang itu dan kurang ini.

Momentum yang lebih jelas pada tahun hadapan 2014. Semoga lebih ramai menjana pendapatan dari rumah, tanpa perlu banyka masa diluar rumah.

1. Kelas online-kalian boleh belajar, perkara asas untuk mempromosi diri melalui online iaitu menggunakan platform blog dan facebook. Jika belum ada produk, boleh masuk kelas bisnes, akan diajrkan membuat kedai online sendiri, borang tempahan dan produk dan urus niaga.

2. Ebook mula bisnes, ya saya sedang melengkapkan senarai pilihan ebook mula bisnes, dan pakej bekerja dari rumah. Boleh sertai saya untuk menjual ebook ini, bina kedai online kalian sekarang. Ia adalah digital dan tidak perlu simpan stok.

3. Ruang iklan, ia juga digital, beratus malah beribu kedai online dibuka setiap hari. Jadi saya menawarkan ruang periklanan melalui akademi bekerja dari rumah network.

Tiga di atas tidak memerlukan saya keluar rumah. Bayangkan masa yang perlu saya agihkan untuk 4 kanak-kanak riang, seorang lelaki dewasa, tiga warga emas. Saya perlu utamakan yang lebih utama.

Selama 4 tahun saya sudah menebas hutan tebal, sekarang laluannya cukup mudah. Mari sertai saya di akademi bekerja dari rumah. Buang gebar dan mulakan hari baru. Insya-Allah rezeki saya lebih dari cukup, inilah pergantungan 100 peratus kepada pemberi rezeki. Alhamdulilah, kami anak beranak sentiasa diberikan rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah
Hubungi saya di fb ya, https://www.facebook.com/masayu.ahmad

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin