Sunday, June 30, 2013

Reward- untuk para wahm soho

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah sudah memasuki bulan baru Julai 2013. Alhamdulillah. Dua hari saya offline, mahu rehatkan minda dan tenaga. Kosongkan fikiran. Hari ini kesegaran bermula untuk perjuangan seterusnya. Kebetulan juga di sini Jumaat, Sabtu dan Ahad cuti. Tidak lah pula saya tahu, alih-alih oh cuti sempena bola.

Itulah kan kadang-kadang jadual padat tak perasan pun ada cuti. Mana taknya, bersusun tugas. Tugas utama selain tugas yang lain.

1. Memperkemaskan semula tiga modul untuk kelas online.

2. Terdapat 10 manuskrip yang cuba saya susun untuk selesaikan sepanjang 6 minggu ini.

3. Menetapkan satu tarikh untuk sesi penting- mungkin sekitara awal bulan 8. Ini saya masih mencari tarikh lagi.

4. Beberapa urusan offline yang perlu disegerakan juga, saya dalam usaha memindahkan separuh tugasan kepada pembantu.


Jadi dua hari semalam, saya hanya rehat dan tidak mahu lakukan apa-apa. Hari ini kembali bugar dan bertenaga.

Untuk pendaftaran kelas, boleh hubungi saya atau mana-mana guru online.

Apakah matlamat utama penubuhan Akademi Bekerja Di Rumah.

Matlamat

1. Memberi pencerahan dan ruang kepada surirumah yang baru mengenal dunia online, terutama fan page, blog dan sebagainya.

2. Untuk kelas asas blog dan fan page, khusus kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga online. Ini matlamat sebagai ia sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urus niaga. 

Selepas itu kalian boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih 'meluas' dan bina 'rangkaian bisnes' sendiri. 

Kami menyediakan ruang atau sebagai trek pemula, bagi kalangan surirumah ini. Itulah sebabnya saya katakan, ini  'langkah awal' bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online'. 

3. Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.

4. Bagi yang melepasi standard, saya sendiri yang akan pilih kesesuaian untuk menjadi 'guru online'. Antara yang perlu ada ialah
-Blog sentiasa update
-Berdikari
-Pantas dan respon
-Terbuka dalam teguran
-Mudah dibawa berbincang


Untuk selanjutnya boleh ke sini
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin