Monday, July 1, 2013

saya kurang mahir dengan 'dunia online'- Murni

Perkongsian malam ini dari blog puan Murni Zuriati, dari kelas asas blog dan penulisan, guru online Nisa Nua. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Kelas Asas Blog - I am Blessed!!
Alhamdulillah... Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi... 

2013 ialah tahun kelima saya dalam bisnes. Tahun gilang - gemilang secara peribadinya buat saya. 3 tahun pertama saya bertapak dan membina momentum bersama suami. Pelbagai dugaan hebat harus kami tempuhi kerana pada waktu itu kerana segalanya bergantung kepada temujanji. Semuanya 'offline'. Pernah kami pergi ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru untuk memenuhi permintaan seorang rakan yang ingin mendapat penerangan tentang bisnes. Namun, setibanya di sana, beliau sendiri membatalkan temujanji atas alasan banyak kerja sekolah hendak disiapkan. Kadangkala terpaksa juga kami redah saja untuk berjumpa dengan teman-teman lama. Terpaksalah berbual dalam 2 ke 3 jam sebelum bercerita tentang hajat sebenar (yang belum tentu diterima). Segalanya menuntut masa dan kos. Apatah lagi ketika itu saya masih lagi bekerja. Bil telefon mencecah hingga RM300 sebulan, duit minyak lagi, duit belanja prospek makan lagi, tapi bonus??? RM 2000 ke RM 4000 sahaja.

Tahun ke 4 (2012) berniaga, segalanya sudah menjadi lebih mudah. Media sosial 'Facebook' telah wujud. Dalam Smart Tycoon Group (STG) pula kami diajar mengenai teknik 'online' bisnes yang luarbiasa hebat iaitu 'Spiritual Online Marketing'. Pada tahun itulah rangkaian kami mula berkembang. Jumlah jualan kumpulan kami (CAT) telah meningkat mendadak dari RM150, 000 setahun kepada RM2.4 juta!!! Pendapatan tahunan pula meningkat 6 kali ganda dari tahun sebelumnya. Yang paling saya suka, kami dapat semua itu dengan kos yang jauh lebih rendah!!! Bil telefon? Tidak mencecah RM100 pun..
Benarlah kata mentor saya, mentor Ariffin Shah,

" Ilmu itu hanya akan datang kepada kita apabila kita bersedia untuk menerimanya"

Tahun 2013 ini, saya pasti kerjaya saya ini akan lebih bersinar. Setelah saya membina rangkaian perniagaan, Allah datangkan 2 orang guru lagi kepada saya, Cikgu Khairunnisa Hamzah dan Sifu Masayu Ahmad. Dua insan ini bersedia berkongsi ilmu yang sangat mahal mengenai asas blog secara percuma kepada saya!! Terima kasih Allah. Siapakah mereka ini?

Pn Khairunnisa adalah seorang rakan saya, yang dulunya seorang arkitek di jabatan kerajaan. Kini, beliau sudah boleh memilih untuk berkarya dari rumah, bergerak sebagai arkitek secara 'free lance' dan pada masa yang sama menulis blog untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan-rakan lain. Sifu Masayu Ahmad pula, bekas wartawan Karangkraf dan kini bergiat sebagai penulis bebas sepenuh masa. Setiap komen dari beliau jelas menampakkan profesionalisme beliau. I can't explain how blessed I am to be guided by them.

Saya sebenarnya kurang mahir dan kurang minat mengenai ilmu 'online'. Namun, saya tiada pilihan lain selain melangkah ke dunia tanpa sempadan sekiranya saya ingin berkongsi dengan lebih ramai orang yang mempunyai impian untuk berjaya. Melalui Kelas Asas Blog, laluan terbuka luas untuk saya meneroka lebih banyak peluang dalam dunia online dan yang beruntungnya saya, saya tidak perlu 'google' sendiri (memang saya tidak akan buat!) untuk menghasilkan blog, tetapi saya ada guru yang sedia menunjukkan jalan.

Selain guru, saya dapat berkenalan dengan lebih ramai personaliti usahawan lain. Bukan calang-calang orang, tapi sanggup merendahkan diri dan mengosongkan cawan minda untuk menerima ilmu asas ini. Bila kenal lebih ramai orang, minda saya jadi lebih terbuka. Lebih segar dengan idea-idea baru. I feel like I have been lifted to the next level!! Saya kini boleh merangka hala tuju yang lebih maksima saya dan rakan niaga dalam rangkaian saya. Again, thank you Allah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin