Wednesday, June 5, 2013

Nekad berhenti kerja-tips wahm soho


 KALI TERAKHIR BERKHIDMAT Ketika kali terakhir saya sebagai arkitek di sana, saya ditugaskan untuk berkhidmat di unit rekabentuk bangunan. Projek-projek nya adalah terdiri daripada hospital dan klinik kesihatan. Semasa membuat lawatan tapak pada hospital sediaada saya melihat sendiri dengan hati akan keadaan pesakit-pesakit yang berada di hospital tersebut. Paling menyayatkan hati ketika melihat seorang bayi kecil yang tinggal dalam inkubator. Lalu saya bertanyakan pada si ibu yang duduk di sebelah inkubator anaknya sudah berapa lama si bayi tinggal di hospital. Si ibu menjawab sudah 6 bulan. Hati saya tersentap. Lamanya. Saya bertanya pula apa sakitnya. Lalu si ibu menjawab anaknya dilahirkan dengan salur pemakanan yang pendek, sekarang tunggu dan berharap salur makanan anaknya tumbuh sehingga ke perut seperti orang biasa. Ya Allah..sungguh terkejut saya. Lantas saya terpandang di sebalik perut kecil bayi tersebut berselirat dengan tiub. Kata si ibu, tiub tersebut dugunakan untuk memasukkan susu direct ke dalam perut si anak.
HATI SEBAK 
Saya tak dapat tahan hati yang sebak, saya segera keluar dari wad icu baby tersebut yang ketika itu pasukan bina yang lain sedang dalam perbincangan di kawasan tersebut terhadap proses menaik taraf keadaan hospital yang usang itu. Saya ke korridor dan menangis. Semasa dalam perjalanan ke korridor saya sempat lalu dan terpandang kanak-kanak yang sedang menangis kerana sedang menjalankan prosuder sedut kahak. Anak tersebut diikat dengan selimut dan meronta-ronta. Salur tersebut dimasukkan dari hidung. Siapa yang tidak rimas.
TERINGAT ANAK-ANAK
Ketika itu terlintas di minda saya apa khabar anak-anak saya. Ketika itu anak-anak saya juga berada di hospital dan perlu jalani prosuder yang sama seperti kanak-kanak yang dilihat sedang menjalani proses sedut kahak tadi. Saya telefon suami dan menangis teresak-esak menceritakan kehibaan dan kesayuan hati sejak 2-3 hari berada di tapak melihat sendiri keadaan mereka yang sakit. Paling hiba bila lihat pesakit kanak-kanak dan teringat anak-anak sendiri yang berada di hospital.
EPILOG KISAH PENJAGAAN ANAK
Begitulah saya hari demi hari. Minggu demi minggu. 4 tahun bergelar ibu, asal hantar anak ke nursery je pasti rasa nak nangis. Hantar anak seawal pukul 6.30 pagi (yang paling awal) dan ambil pukul 6.30-7.00 petang (yang paling lewat) Antara yang menyentuh hati bila si kakak (3 tahun pada masa itu) bertanya, kenapa mummy amik kakak lambat? 
4 tahun bergelar ibu, 4 tahun bekerja, 4 tahun hantar anak-anak ke nursery, bertukar tangan lebih 4 kali. Ada kes anak saya di susu kan oleh kenalan yang sudi menjaga anak saya tanpa memberitahu saya dan suami. Kami kecewa kerana mereka tidak hirau akan kepentingan adab-adab menyusu kan anak orang lain. Akhirnya dia membuka cerita bila melihat anak saya sedang menyusu dengan saya. Dia kemudiannya dengan bangga menceritakan anak saya juga suka akan susu dia. Bukannye kita boleh main2 dengan hukum ni. Saya dan suami buat keputusan hantar saja ke nursery. Sebelum tu kami hantar ke rumah pengasuh yang merupakan seorang nenek yang masih kuat. Namun kerap kali kami dibekalkan dengan baju dan tuala kanak-kanak lain. Pampers dan susu anak seolah-olah tidak terusik. Pernah saya balik tengah hari dan singgah ke rumah pengasuh nak ambil anak, saya boleh lepas masuk sampai ke ruang tamu dan baby saya terkapai sorang-sorang di ruang tamu, nenek tersebut sedang buang air besar katanya sejurus terserempak dengan saya yang sedang memangku menyusukan anak saya di sofaya.
Banyak kisah yang terjadi, termasuklah anak saya dijangkiti penyakit kaki tangan dan mulut serta chicken pox seawal usia 9 bulan. Dokter kata bertuah badan sebab bayi saya kuat sistem imun nya. Ada bayi yang tidak dapat tahan penyakit seawal usia tersebut.
PELBAGAI MASALAH TIMBUL
Setelah macam-macam rintangan dan masalah yang di lalui, saya menilai semula kehidupan kami sekeluarga yang tak ubah seperti hamba dunia yang mengikut arus manusia kini, keluar kerja di subuh hari, balik ke rumah di mlam hari, anak-anak diberi penjagaan pada mereka yg tak berapa dikenali asal anak tak perlu bawa ke pejabat. HAri demi hari, kehidupan makin sibuk, kesuntukan masa, masalah baru makin lama makin terkumpul, keluar masuk hospital, masalah kewangan, perlu ambil cuti, bos mula tegur, kerja tak effektif.
Baca lagi di sini http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/letak-jawatan.html

Momen di atas mengingatkan kembali kisah saya. Anak adalah faktor utama, dan faktor lain juga saling mendokong. Untuk persiapan awal dapatkan ebook www.janawangdirumah.com

atau pakej asas wahm soho di bawah masih lagi harga promosi RM100 untuk harga istimewa sehingga 30 Jun 2013.



Pakej di atas adalah RM125, tetapi saya mahu bagi harga kasih sayang, RM100 sahaja
bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku
bonus 3: dropship borong

Bayar di sini, saya mahu pakej wahm soho harga baik hati RM100

harga ini sah sehingga 30 Jun sahaja, miliki sekarang Maksudnya beli dua dapat free 1 ebook.

Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama. 
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama. 
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

Bab 1: Analisa Penentuan Tajuk Blog
(Berdasarkan pengalaman dan kepakaran)
Bab 2: Pendapatan Pasif/ Aktif Melalui Blog & Ebook
Bab 3: Langkah Demi Langkah Blog
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Menyusun Bab
Bab 6: Tips Penulisan
Bab 7: Tulisan Berpengaruh
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Panduan Temuramah
Bab 10: Asas Suntingan
Bab 11: Mengurus Ebook/ Manuskrip Pertama

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebook www.janawangdirumah.com. Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhanti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.
Keterangan lanjut lihat di sini: 

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.
Keterangan lanjut di sini: 

Miliki pakej asas wahm soho di atas dengan harga RM100 sahaja, sah sehingga 15 Jun. Selepas itu harga kembali RM125.


Milki sekarang ;) bayar di sini RM100 sahajahttp://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin