Friday, June 7, 2013

Menu sihat

Semalam ada majlis kesyukuran naik rumah baru abang ipar, jadi banyak lagi laksa, laksam, pulut kuning inti kelapa (dibuat oleh makcik kampung enak bangat). Jemput minum petang. Kanak-kanak riang sedang beraksi di laman rumah menghijau, bermain bola bersama ayah. Biasanya atuk dan mok memerhati sahaja, sambil rehat petang di kerusi depan rumah. Nikmat masa, rezeki tidak putus, kasih sayang warga emas (tiada nilai). Jemput minum yok, bersama teh o panas. Arissa sudah pengsan kepenatan. Mahu menikmati masa sebegini, mula dari sekarang,www.janawangdirumah.com

Di bawah menu tengahari tadi,
Resipi kasih sayang hari ini versi mek ayu, sesuai untuk ibu hamil yang sedang mabuk, ibu pantang, dan ibu dah habis pantang. Ayah yang tak pantang pun boleh.
Siakap cukup rasa
Bahan
1. Siakap sederhana besar
2. 4 biji bawang merah
3. 4 biji bawang putih
4. Daun limau purut (6 helai)
5. 2 cili padi
6. Lada merah 1
7. Perahan asam limau 2 biji
8. 3 cawan air
9. 2 biji tomato
10. Sedikit minyak

Cara buat
1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah (bahan ini hiris halus). Naik bau, masukkan air, masukkan ikan, masukkan daun limau purut, masukkan tomato (belah kecil). Tutup periuk atau kuali sebentar. Balikkan ikan, biarkan sebentar, mendidih. Masukkan asam limau yang sudha diperah. Baunya sudah bangkit, siap hidang dengan nasi panas. Menu ini juga sesuai untui diet, asalnya perlu kukus. Tetapi ini inovasi baru super rajin dari wahm mek ayu.  Saya tetap dengan prinsip masaklah untuk anak-anak dan ahli keluarga, itu pendapatan pasif, malah air tangan tidak ada sesiapa pun boleh lawan. Saya rindu masakan arwah. www.janawangdirumah.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin