Teks: Masayu Ahmad
Jika kalian sudah mendapatkan buku Jana RM sudah faham apa itu analisis iaitu menentukan jenis bidang kerja dan bisnes. Manakala pendapatan pula, tentukan pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Rancang ia berdasarkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, 3 hingga 5 tahun.
Apa contoh, ini senarai yang saya maksudkan 30 ebook/buku adalah pendapatan pasif hingga saya tua. Melalui royalti ia diraih sepanjang masa, selagi mana ia laku. Untuk memenuhi permintaan buku-buku asas bisnes ini, sebab itulah saya sudah mula dengan kelas asas blog dan penulisan. Kerana saya tahu ramai surirumah yang boleh menulis. Kita menjangkakan gandingan rujukan yang lengkap untuk keperluan sasaran wahm, sahm, soho. Kerana saya juga ibu, pekerja, usahawan online, dan lain-lain saya memerlukan ini.
1. Buku-buku asas bisnes. Jadi usaha sekarang ini dengan menemuramah seberapa banyak sumber yang sudah ada pengalaman dan kita kongsikan ia dalam bentuk buku dan ebook.
2. Pendidikan awal. Ini adalah sangat penting untuk ibu-ibu walaupun masih di rumah di luar rumah, masih ada rujuka yang lengkap. Saya kini ada dua penulis iaitu dari Pengetua Tadika Islam Swasta dan juga Pengamal tegar sekolah di rumah. ;) Jadi hasil dari penulis ini insya-allah memenuhi keperluan ibu-ibu sekalian.
3. Kami bergabung dalam page wahm sahm soho
No comments:
Post a Comment