Mahu mula bekerja dari rumah, ini asas yang perl dibaca www.janawangdirumah.com
Alhamdulillah, setelah Arif sihat, kembali kepada saya, satu hari bergolek sakan meredakan kepenatan dan tubuh yang kurang sihat sejak beberapa hari yang lepas. Sekarang ini baru boleh duduk dan mengadap tugasan demi tugasan. Apabila kurang sihat, aktiviti juga terjejas, segala tugasan sangat lambat saya siapkan walhal biasanya satu hari boleh buat banyak perkara serentak.
Saya menulis di Era Muslimah
Alhamdulillah, juga atas jemputan editor menulis di Majalah ini. Hanya beberapa tugasan sahaja, dan tugasan tersebt insya-allah sudah biasa bagi saya dan sudah ada banyak stok. Jadi tinggal susun dan serahkan kepada editor sahaja. Mengapa saya menerima? Kerana ia adalah sebahagian daripada kerja seharian saya juga, selain membina jaringan semula di Kelantan ini, sangat memudahkan pergerakan sebagai penulisa bebas, penulis majalah, penulis blog dan penulis buku. Ya, kesemuanya ada kaitan. :) Saya sebetulnya sudah ada bahan dan mahu ada ruangan sendiri di beberapa majalah, tetapi belumlah juga mengadap dan memulai usaha itu.
Akan tetapi, apabila disapa Kak Nik, editor majalah Era Muslimah seolah ia adalah permulaan untuk saya.
Sebetulnya saya rindu juga majlis-majlis ilmu, kadangkala ia sangat berkait untuk membina jaringan baru dan juga suasana baru dan sahabat baru. Setelah terperuk dan sudah memasuki fasa dua, alhamdulillah ini permulaan untuk Jun 2013. Terima kasih Kak Nik atas peluang dan kepercayaan. Yang syoknya, tak perlu resume, hanya melalui interaksi online. Dan, saya percaya ini bukan semberono, Kak Nik memerhati juga hasil kerja saya melalui blog dan buku-buku penulisan yang telah dihasilkan. Maksudnya ia dilihat atas hasil kerja. ;)
Ok, 5 tips urus niaga online
Bagi yang baru menapak dalam bisnes online berikut 10 titik mula yang boleh dilakukan.
1. Perkenalkan diri melalui blog, iaitu kemahiran, pengalaman dan kepakaran. Bina kepercayaan bakal pelanggan dan pelanggan.
2. Blog shop atau kedai online. Untuk bertatih belajar berniaga, boleh mulakan dengan yang percuma sahaja. Blogspot adalah sebaik-baik permulaan, atau apa sahaja yang percuma.
3. Fan page. Gunaka tapak awal membina pasaran di face book kerana pasarannya sangat besar.
4. Dropship. Tidak ada modal dan juga tidak ada produk. Banyak pembekal yang menyedikan dropship iaitu peluang menjual barang tanpa modal. Kita hanya memasarkan dan mengiklankan sahaja. Ambil komisyen selebihnya pihak pembekal yang uruskan penghantaran dan stok.
5. Kuasai ilmu pemasaran. Pemasaran dan pengiklanan adalah jantung utama jualan. Kalau ada produk tetapi tidak menjual, ada produk tetapi tidak promo, itulah masalahnya. Jadi sentiasa belajara ilmu baru berkaitan pemasaran melalui buku, seminar dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment