Wednesday, June 26, 2013

terima kasih atas sokongan kalian-perjalanan terindah sebagai wahm soho

Teks: Masayu Ahmad

Sudah banyak hari saya tidak menulis di sini, bukan kerana lupa, tetapi faktor masa. Alhamdulillah, alhamdulillah terima kasih semua atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Blog ini adalah titik mula saya berkongsi panduan, dan ia terus berkembang mekar sehingga mendapat beberapa web jualan dan juga senarai panjang sahabat maya yang sudi berkenalan.

Alhamdulillah, saya hanya panjatkan segala limpah kesyukuran hanya kepada pemberi rezeki nan satu Allah s.w.t. Laluan ini sangat manis, lalaun ini sangat memberi erti dalam kehidupan saya.

Tadi, ketika sendirian menikmati kopi panas, duduk sendirian, saya tersenyum puas, dalam hati menderu perasaan hiba. Hingga saat ini inilah blog sebagai titik mula yang sudah membuatkan saya tersenyum lebar. Saya tidak pernah pun ada dalam catatan matlamat mahu terkenal atau apa sahaja, hanya mahu berdiri tegar di belakang tabir sahaja. Namun perbincangan ringkas di fb, membuatkan saya fikir semula. Akhirnya saya perlu juga dari kepompong dan memberi nilai manfaat kepada lebih ramai yang memerlukan. Moganya langkah ini direstui Allah, moganya langkah ini direstui suami.

Saya dalam proses persediaan mental dan fizikal, perbincangan awal sudah mula dengan secara tidak rasmi. Tinggal lagi hanya keputusan dan persediaan dari saya sahaja. Saya ada beberapa minggu untuk siap siaga. Ya Allah permudahkan segala urusan ini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin