Sumber www.janawangdirumah.com
Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan motivasi merudum.
1. Sudah berhenti dan bekerja dari rumah tetapi belum menjana pendapatan
Sangat ramai yang mengadu kepada saya, mahu berhenti dan tidak sabar berhenti. Ada pula yang sudah berstatus surirumah, sudah mula tetapi belum dan tidak ada jualan.
Pilih bidang yang anda minat
Sangat penting memilih bidang atau jenis barang yang kita minat. Ia sangat penting memberi penolakan positif, kerana kita terus berusaha sehingga mendapat hasil.
Usahakan mendapat RM1, kemudian RM5, kemudian RM10. Tingkatkan lagi, RM100, RM1000 pertama dan RM3000 pertama dan begitulah seterusnya,
Cari mentor
Cari mentor dalam bidang yang kalian pilih. Masuk dalam kumpulan yang memberi sokongan, agar ketika motivasi turun dan naik kita ada ruang untuk bercerita dan saling sokong menyokong.
Baca lagi lebih banyak kisah suri yang hebat yang telah mendahului bekerja dari rumah.
http://superwahmsupermom.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment