Tuesday, June 18, 2013

Catatan lewat hari-motivasi turun naik

Teks: Masayu

Sujud syukur akan perjalanan ini, alhamdulillah atas segala kurnia rahmat dan kasih sayang Allah. Saya kini melewati satu lagi fasa, fasa tidak menang tangan. Tetapi alhamdulillah.

Bertambah tugas, bertambah juga amanah. Kadangkala rasa tidak menang tangan, kemudian tarik nafas dan selesaikan satu persatu.

Saya dapat merasakan satu persamaan dalam setiap mesej yang diterima melalui email ataupun fb.

"Saya sedih dengan keadaan sekarang, terpaksa terima menjadi suriruamh sepenuh masa. Ini bukan pilihan saya." Puan R


"Saya tidak ada kekuatan, tidak ada motivasi, macammana saya perlu dapatkan kembali motivasi."

Allahurabbi, kadangkala saya juga rasa serba salah, sebetulnya saya bukanlan orang terbaik untuk kalian berkongsi rasa. Kerana saya bukan pakar kaunselor, akan tetapi saya jawab di sini dengan jawapan paling umum.

Pertama: Tanya diri sendiri

Kita kembali tanya kepada diri sendiri, apa yang kita mahu dalam kehidupan. Kita sendiri yang pilih dan ubah. Jika saya beri pandangan, belum tentu ia sesuai atau boleh diterima. Begitu juga kekuatan, cari kekuatan itu dengan  mengadu kepada Allah. Dia sebaik-baik tempat mengadu. Jika mengadu kepada orang tidak dikenali, nanti berlaku pula salah faham, atau kita tersala bicara.

Aduhai, aduhai. Terima kasih kerana suka berkongsi, tetapi janganlah mengharapkan saya ini sebagai kaunselor. Kesian saya. Cumanya saya ini suka berkongsi perkara yang bermotivasi, kalian bacalah di sini ya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin