Friday, June 14, 2013

Hiduplah sebagaimana yang kita pilih

Teks: Masayu Ahmad

Ada dua pilihan sahaja kita hidup atas muka bumi. Mahu syurga atau neraka. Jadi pilih lah kehidupan yang boleh membawa kita ke syurga.

Mendengar percakapan yang baik-baik, memilih sahabat yang baik, rangkaian yang baik, guru yang baik, sahabat tauladan dan sebagainya.

Saya juga sebagaimana kalian, menanam benih melalui kehidupan sama ada dalam kerjaya atau bisnes. Pilihlah yang boleh membawa manfaat untuk kita di akhirat kelak. Bersyukur dengan segala kurniaan apa yang ada.

Saya masih berlari untuk selesaikan 30 ebook dan buku. Dan dua lagi website sedang diusahakan. Sedang dalam proses survey lagi. Alhamdulillah.

Juga terima kasih atas sambutan kelas asas blog yang cukup luar biasa. Saya kini dibantu tiga guru online. Jadi tidak ada masalah, sudah ada pengagihan tugas. Kalian yang berminat menulis dan menghasilkan blog  yang disukai pembaca sudah boleh mula mendaftar.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin