Tuesday, June 4, 2013

persediaan mental dan kewangan sebelum bergelar wahm-tips letak jawatan

Teks: Masayu Ahmad

Ramai yang berkongsi dengan saya sudah tidak tahan lagi bekerja dan mahu berhijrah untuk bergelar wahm dan mempunyai soho. Akan tetapi berdasarkan situasi dan pengalaman ramai wahm, maka dua faktor kritikal kalian perlu fikirkan semula sebelum menghantar notis.

1. Persediaan kewangan

Ok, apa persediaan kewangan dan asas terbaik, sekurang-kurang

- 2 tahun untuk perbelanjaan selepas berhenti kerja
-sudah pun ada pelan pengurusan hutang piutang yang terangcang

Sumber kewangan
-Sudah ada bisnes yang dijalankan semasa bekerja dan ia sudah pun menjana kewangan, jadi apabila berhenti kerja ia boleh dilakukan sepenuh masa
-Sumber kewangan lain, pendapatan pasif mahupun pendapatan aktif

Kumpul modal tanpa hutang, ada tiga cara berikut
-Memaksimakan bisnes sambilan, dan keuntungan itu dijadikan dan dikumpul sebagai modal

-Buat simpanan tetap semasa masih bekerja, contohnya RM500 itu adalah wang untuk belanja suka-suka, ubah ia sebagai simpanna modal tetap, contohnya selama 2 tahun. 1 tahun dapat RM6,000, jadi dua tahun dapat RM12,000. Ia adalah sangat cukup untuk mendapatkan sistem shopping cart dan dan web jualan.

-Beli emas secara tetap, contoh peruntukkan RM500 hingga RM1K sebulan sebagai asas simpanan modal. Uniknya emas, kita boleh meminjam kepada diri sendiri, contoh menggunakan sistem gadaian Islam, sekiranya mahu menggunakan modal dan mendapatkan cairan wang. Dan tebus kembali apabila sudah mendapatkan keuntungan. Ini cara lebih selamat kerana kita meminjam dengan diri sendiri. Ini juga banyak dipraktik oleh usahawan Kelantan, terutamanya wanita. Berbanding, meminjam dengan cara konvensional atau meminjam dari bank. Simpan emas dari sekarang, ada banyak ebook tentang emas, gali ilmu ini.

Persediaan asas boleh baca dalam ebook www.janawangdirumah.com

2. Persediaan mental

Tidak semua orang mampu dan boleh bekerja dengan usaha sendiri, apabila sudah biasa mendapat gaji tetap secara bulanan. Jadi ada banyak cara mahu tahu kalian boleh meneruskan kelangsungan atau tidak. Ambil cuti tanpa gaji 6 bulan atau 1 tahun. Lihat bagaimana kalian berusaha untuk mendapatkan wang dengan usaha sendiri.

Konsep rezeki

Dalam usaha mencari rezeki, wajib kita meletakkan kebergantungan sepenuhnya rezeki kurniaan Allah. Pun begitu usaha dan tidak kenal putus asas adalah perkara asas. Faktor lain saling mendokong

1. Analisa awal, sebelum berhenti boleh baca buku Jana RM Dari Rumah.
2. Bidang yang dipilih.
3. Pendapatan aktif dan pasif
4. Mentor
5. Strategi

Alhamdulillah, sepanjang 4 tahun ini, hasil usaha dan kerja keras, siap juga du website dan ia modal semuanya, hasil usaha menulis dan juga dari blog yang tidak seberapa ini. Mengapa blog sangat penting? Kerana ia adalah titik mula membina hubungan dengan pembaca, titik mula berhubung dengan bakal pelanggan dan pelanggan. Kalian adalah pembaca dan pelanggan saya, saya berterima kasih atas kunjungan kalian yang tak pernah jemu singgah di sini. Terima kasih, semoga apa yang dikongsikan di sini bermanfaat. Memasuki fasa setengah tahun ke dua untuk tahun 2013, saya lebih agresif menyempurkan matlamat kecil dan matlamat besar tahun ini, berdikit-dikit sudah selesai dan turun dari senarai.





Pakej di atas adalah RM125, tetapi saya mahu bagi harga kasih sayang, RM100 sahaja
bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku
bonus 3: dropship borong

Bayar di sini, saya mahu pakej wahm soho harga baik hati RM100

harga ini sah sehingga 30 Jun sahaja, miliki sekarang Maksudnya beli dua dapat free 1 ebook.

Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalamab dan kepakaran untuk memulakan blog pertama. 
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama. 
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

Bab 1: Analisa Penentuan Tajuk Blog
(Berdasarkan pengalaman dan kepakaran)
Bab 2: Pendapatan Pasif/ Aktif Melalui Blog & Ebook
Bab 3: Langkah Demi Langkah Blog
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Menyusun Bab
Bab 6: Tips Penulisan
Bab 7: Tulisan Berpengaruh
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Panduan Temuramah
Bab 10: Asas Suntingan
Bab 11: Mengurus Ebook/ Manuskrip Pertama

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebook www.janawangdirumah.com. Sangat penting untuk mengetahui setakat ana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhanti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.
Keterangan lanjut lihat di sini: 

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.
Keterangan lanjut di sini: 

Miliki pakej asas wahm soho di atas dengan harga RM100 sahaja, sah sehingga 15 Jun. Selepas itu harga kembali RM125.


Milki sekarang ;) bayar di sini RM100 sahajahttp://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan






No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin