Friday, June 14, 2013

3 teknik urusniaga online-sesuai bagi yang baru mahu mula

Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com

Ini asas yang perlu ada bagi yang baru mahu mula belajar urusniaga online. Saya tahu ramai yang sudah pakar, tetapi asas yang saya tulis ini khusus bagi ibu yang baru bermula.

1. Mulakan dengan percuma, fan page, blogspot, produk dropship. Ini tiga yang sangat asas yang boleh dimulakan. Kalian boleh google untuk mendapatkan tiga ini.

2. Fan Page adalah sebagai kedai online dan cara yang sangat efektif untuk menjual dan terus kepada pelanggan.

3. Blogspot. Boleh google untuk memulakan ini. Blog sangat sesuai untuk titik mula kalian mencari pelanggan. Ya blog adalah salah satu cara memperkenalkan diri kepada pelanggan, bina khalayak pelanggan kalian sendiri. Ada berjuta-juta rakyat Malaysia, kalian hanya mahu 3K hingga 5K pertama pelanggan setia. Saya akui 2k pertama buku saya habis dijual dengan mudah pada fasa pertama dan jumlah cetakan pertama adalah 3K sahaja dan kini ia berbaki sedikit sahaja lagi.

4. Dropship. Tidak perlu ada produk sendiri, mulakan dengan produk yang sudah ada. Banyak pembekal yang menawarkan dropship. Saya sendiri ada tiga, sunnah, kedai buku dan dropship borong. Beli
mana-mana buku saya, kalian akan saya masukkan dengan pilihan produk yang kalian suka.

Ok, untuk 1,2,3 mudah sahaja, jika buntu ada 1 hingg 10 langkah sahaja bermula dengan analisa. Kami tawarkan melalui kelas online fan page dan blogspot. Hubungi saya di fb.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin