Sunday, June 16, 2013

Tukar sasaran pembaca kepada pelanggan

Mengenali dan sasaran, iaitu tahu siapa pembaca kita dan ia boleh diubah kepada pelanggan. Bagaimana pula dipratikkan untuk blog dan fan page?

Selepas kita analisa apa kekuatan kita (6 analisan asas), soalan asas yang saya tanya dahulu, kita tahu apa minat dan kepakaran kita. Ini kunci paling utama untuk memastikan kita konsisten menulis. Minat dan kepakaran sangat berkaitan rapat sebagai pendorong dan motivasi utama. 

Kemudian jadikan ia sebagai satu cara untuk mengetahui pelanggan. Dari situ kita tahu siapa kelompok pembaca kita. Kemudian kita tukar kelompok pembaca kita itu sebagai pelanggan.

Tukar isi tulisan kepada jenis produk yang boleh ditawarkan berdasarkan kelompok sasaran pembaca kita.

Contoh blog Idzaney Iryani adalah berdasarkan minat, pengalaman dan kepakaran beliau dalam coklat. Jadi kita sudah mendapat kata kunci, pelanggan sasaran ialah mereka yang minat dalam coklat, usahawan coklat dan bakal usahawan coklat. Inilah yang bakal membeli bukku atau ebook Idzaney. Sesudah mengenal pasti bina tapak jualan fan page kedai buku, kita akan tahu berapa ramai yang sudi masuk sebelum jualan pertama bermula. Dengan kata lain, bina seberapa ramai sasaran pelanggan sebelum menjual.

Blog yang selalu update, selalu menjadi daya tarikan untuk pembaca baca. Blog yang sesekali kala update umpama kedai yang sekejap dibuka, sekejap ditutup. Macamana tu? Sama-sama kita fikir.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin