Wednesday, June 5, 2013

fokus matlamat kecil matlamat besar-tips wahm soho

Teks: Masayu Ahmad

Asyik bercerita pasal kerja aje kan. Ok, mari kita cerita tentang masak-masak. Hari ini menu sihat, ikan singgang dicampur bendi, budu, dan juga ikan ketuka bakar guna pemanggang ajaib. Itulah dia, selalunya mak mertua suka guna arang. Sebab dah selalu tengok dalam tv, pemanggang ajaib. Jadi mertua order sahaja dengan atuk. Atuk lulus, jadi hari masakan pertama.

Ok, saya suka juga sebenarnya, nanti saya kongsikan hasil masakan guna pemanggang ajaib. Letih juga goreng dan goreng, ia tidak sihat. Jadi yang ini tak ada alasan lagi, walhal ada je pun dua jenis pembakar dalam simpanan. Ihi. Itulah perempuan kan. Saya suka cara atuk dan mertua. Mertua order sahaja apa yang dia nak, biasanya dan selalunya atuk iyakan aje. Memang indah kasih sayang mereka berdua.

Saya, sebenarnya masih kurang sihat. Aktiviti masih di rumah, hanya keluar untuk pos barang selepas zuhur. Tetapi sudah ada dua pembantu, jadi order dan bungkuskan dahulu. Juga sebab nanti skynet semakin dekat, sangat memudahkan saya. Website shopping cart satu lagi sudah siap, cuma saya penuhkan dengan senarai yang sudah menuggu. Saya tangguhkan dahulu sementara 3 hari ini mahu fokus tugasan di bawah dan selesaikan ebook penulisan bersama protege.

Sementara itu malam ini, saya perlu siapkan

1. Tugasan blog siti rahimah mahusin
2. Tugasan 1 untuk majalah muslimah
3. Tugasan 2 untuk majalah muslimah
4. Penyelarasan bab dan bahan untuk ebook bakal terbit 101 idea bisnes.

mahu atau tidak malam ini 4 tugasan ini, perlu selesai baru saya boleh tidur lena. Kelas online sudah berjalan seperti biasa, kerana masinng-masing sudah diberikan tugasan.

Iya, saya juga penulis untuk Majalah Era Muslimah, sebagaimana yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini. Jadi, saya peruntukkan atau curi masa tiga hari sahaja untuk siapkan lima tugasan. Insya-Allah semoga Allah permudahkan.

Matlamat kecil
-1 ebook 1 bulan

Matlamat besar
-30 ebook/buku

Selesai dengan ebook, saya mula fokus dengan buku, sudah ada dua yang siap.

Kemudian, saya sudah agresif dengan kelas online dan offline. Kelas online sudah dan masih boleh daftar ya. Bagi pelajar yang sudah mahir dengan blog, boleh jadi pembantu saya. Bagi yang sudah mahir, boleh jadi Guru Online pula, saya perturunkan lagi. Moga ramai wahm boleh menjana pendapatan dalam pelbagai cara. Insya-Allah.

Perkembangan anak-anak
Arif sudah darjah 1, alamak saya belum daftar lagi, hihi. Itulah terlalu sibuk. Arissa sudah boleh bertutur, Arissa masih lemah lembut gayanya, alhamdulillah.

Ya, Allah terima kasih atas segala nikmat yang kau kurniakan, tiada nilai dan tidak ada ucapan syukur. Walau masih separuh perjalanan, saya sangat yakin dan menghargai segali momen indah sebagai wahm. Tidak ada nikmat yang boleh didustai. AllahuAkbar!



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin