Tuesday, June 11, 2013

Bangkit dan berusaha ;)

Ibu-ibu yang dikasihi sekalian, saya ingin berkongsi empat watak yang selalu saya jumpa. Merekalah penggerak kesyukuran dan usaha saya.
1. Amoi yang hanya basikal tua, setiap pagi keluar dan mengayuh dengan basikal yang kosong. Tengahari dan petang pulang dengan bebanan, sarat dengan kotak dan plastik. Saya pasti itulah rezekinya, dan kelihatan wajah riang. Itu sahaja kudratnya dan dilakukan dengan hati yang penuh semangat setiap hari. Hanya basikal dan tenaga untuk peluang bekerja paling maksima setiap hari.

2. Seorang wanita menolak kerusi roda, di atasnya seorang lelaki kudung. Saya yakin itu adalah suaminya, halanya saya tidak tahu. Tetapi saya pasti mereka mencari rezeki. Kuat dan tabahnya wanita itu, saya malu. Malu jika saya tidak bersyukur.

3. Pak cik pengayuh beca, kudung tangannya. Saban pagi dan petang, selalu terserempak dengan saya. Juga saya malu, jika saya tidak berusaha dengan tenaga muda, kudrat yang ada. Malu jika saya tidak bersyukur dengan nikmat yang ada.

Jika kita merasa kita teruk, ada lagi yang serba kekurangan. Jika kita rasa kita tidak ada kesenangan seperti yang lain, kita lupa akan ingatan Allah, mereka yang berusaha, merekalah yang dapat hasilnya. Jangan lupa akan kuasa doa dan tawakkal, tetapi ia tidak apa-apa selagi kita bersedih dan berselimut. Campak selimut dan bangkit. Diri kita sendiri yang perlu mengubahnya, bukan orang lain.
Salam kasih sayang

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin