www.janawangdirumah.com mula persediaan bekerja dari rumah sekarang, ;)
Antara waktu kegemaran saya menulis ialah pada pagi hari dan menjelang petang sebegini. Tidak tahu mengapa, ia seakan tabiat harian. Walhal jam begini saya perlu bertarung jga di dapur menyiapkan makan malam.
Ya, saya curi masa lima hingga 10 minit untuk menulis di sini. Sudah banyak entri dan ia sudah mencapai beberapa buah travelog. Saya memang berniat menjadikan buku, dan ia adalah kisah benar surirumah online.
Kini saya sudah bersedia ;)
Ada saya berkongsi tentang mendapat panggilan pihak sumber manusia sdn. bhd untuk mengadakan program yang sesuai bagi suri rumah. Terdapat beberapa kategori surirumah yang saya dapat buat kesimpulan sepanjang membuat mengumpul bahan untuk penulisan dan juga selama menjalankan dropship online.
1. Suri rumah sepenuh masa yang tidak melakukan apa-apa aktiviti menambah pendapatan.
2. Surirumah bekerjaya, yang mencari peluang menambah pendapatan secara sambilan.
3. Surirumah yang mahu berhijrah bekerja di luar rumah dan mahu bekerja di rumah.
3. Surumah yang melakukan bisnes online, dan berhijrah sebagai usahawan sepenuh masa, iaitu dari kedai online ke kedai fizikal. Kedai fizikal ke kedai online. Atau punyai serentak kedai online dan kedai fizikal.
Salam kasih sayang, nanti kita sambung ya.
kata-kata motivasi hari ini
No comments:
Post a Comment