Teks: Masayu Ahmad
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur pada Allah atas segala nikmat dan rahmat. Pagi ini usai menjemur pakaian di ampaian, rasa menyerap aroma keindahan pagi. Udaran nyaman seolah merai pagi ketika mentari baru beransur naik sedikit demi sedikit. Biasan cahaya di balik pokok-pokok hijau begitu mendamaikan. Ia bersatu seolah memberi sebaran tenaga ketenangan. Allahu Allah.
Pagi ini atau minggu ini suami tiada ke rumah, jadi saya seorang diri menguruskan anak-anak. Alhamdulillah semuanya masih ok.
Buat kalian, saya sedang menawarkan tiga kelas online berikut ya. Iaitu mengikut kategori berdasarkan permintaan dan pertanyaan rakan-rakan di face book.
Terdapat tiga kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya kepada saya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.
2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.
3. Suri profesional yang sudah ada blog, mahir menulis dan mahu menyiapkan manuskrip pertama atau ebook pertama menggunakan teknik blog. Blog adalah sangat mudah untuk diuruskan dan membina idea dan menyiapkan ebook.
Kami tawarkan tiga kategori kelas di atas, semuanya sedang berlangsung. Saya dibantu pembantu kelas. Daftar sekarang, kelas adalah secara online mengikut masa fleksibel pelajar. Alhamdulillah kebanyakan yang mendaftar adalah graduan yang bukan calang-calang, ada lulusan luar negara, kejuruteraan, pendidik, usahawan dan profesional. Terima kasih kerana menggunakan khidmat saya.
Bekerja dari rumah itu indah mula rancang dari sekarang www.janawangdirumah.com
No comments:
Post a Comment