Inginkan Anak Bijak Tajwid?
Dapatkan E-iqra - belajar quran dan tajwid secara interaktif
sms IQRA ke 017-9144513
Dapatkan E-iqra - belajar quran dan tajwid secara interaktif
sms IQRA ke 017-9144513
CD 1
CD 2
CD 3
Buku, jilid 1, jilid 2, jilid 3. Di bawah antara contoh
Testimoni, pandangan Wan Rohani Wan Ismail
Ibu mahu kongsikan salah satu teknik belajar al-Quran dan tajwid cara mudah menggunakan kaedah e-Iqra'. E-Iqra' kaedah belajar melalui buku dan vcd. Sesuai untuk anak juga ibubapa yang ingin mengulangkaji bacaan dengan hukum tajwid yang betul. Ibu sendiri akui kali terakhir ibu belajar tajwid semasa di sekolah dahulu sebelum mengikuti kelas al-Quran berbayar dan percuma di hujung minggu.
e-Iqra' ini mengandungi 3 buku dan 3 vcd mengikut pelajaran:
Ibu pernah kongsikan pengalaman, bagaimana ibu mengajar anak-anak mengaji. Ibu-ibu di luar lebih cemerlang dalam mendidik anak mengaji, ada yang menghantar kepada guru Quran dan ada yang mengajarkannya sendiri.
Mengajar anak kebaikan walaupun 1 huruf pasti dibalas juga dengan kebaikan. Apalagi jika mengajarkan ayat-ayat Allah. Ibu bapa memerlukan kesabaran yang lebih tinggi apabila mengajar anak sendiri, ini yang selalu ibu dengar daripada kawan-kawan yang mengajar anak-anak di rumah. Ibu kagum dengan ibu yang mampu mengadakan 'homeschooling' secara formal di rumah. Itu antara cita-cita ibu, ibu cintakan dunia pendidikan kanak-kanak.
Satu huruf akan mendapat 10 pahala kebaikan, mengajarkan anak membaca basmalah yang mempunyai 19 huruf sudah mendapat 190 pahala kebaikan InsyaaAllah. Setiap hari berapa kali anak membacakan basmalah? Bayangkan setiap kali anak membacanya, pahala mengalir kepada kita yang mengajarkannya.
Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain) - Riwayat Imam Bukhari.Hadis yang menjadi motivasi kepada ibu untuk memulakan kelas pengajian al-Quran di rumah.
Andainya pahala yang kita dapat itu seperti wang yang masuk ke akaun bank kita, sudah pasti kita berebut-rebut untuk mendapatkannya, namun 'wang' yang bernilai itu akan sampai kepada kita di akhirat nanti, InsyaaAllah.
Ibu mahu kongsikan salah satu teknik belajar al-Quran dan tajwid cara mudah menggunakan kaedah e-Iqra'. E-Iqra' kaedah belajar melalui buku dan vcd. Sesuai untuk anak juga ibubapa yang ingin mengulangkaji bacaan dengan hukum tajwid yang betul. Ibu sendiri akui kali terakhir ibu belajar tajwid semasa di sekolah dahulu sebelum mengikuti kelas al-Quran berbayar dan percuma di hujung minggu.
Ibu sendiri gunakan buku ini untuk mengajar tajwid di samping buku rujukan yang lain. Setiap kali dalam kelas ibu sentiasa ingatkan anak-anak bahawa mengaji itu mudah dan ganjaran pahala yang diperolehi sebagai motivasi untuk anak-anak teruskan mengaji selagi hayat dikandung badan, InsyaaAllah.
Jangan lupa puji anak-anak atas usaha mereka, walaupun hanya satu bacaan yang anak boleh baca. Apabila melihat VCD hadkan masa, supaya anak tidak mudah jemu. Boleh juga selang-selikan dengan lagu-lagu atau sebut bacaan dengan bahasa badan.
E-Iqra' ini adalah Terbitan DBP dan tidak dijual di kedai buku biasa. Pada masa ini e-iqra hanya dijual oleh pengedar ekslusif online sahaja.
Setiap anak adalah unik, keupayaan anak adalah berbeza-beza walaupun dilahirkan dari perut ibu yang sama :). Entry ini menceritakan satu kaedah mudah belajar quran dan tajwid, walaubagaimanapun belajar quran yang terbaik adalah dengan berguru.
No comments:
Post a Comment