Saturday, May 25, 2013

Rai kejayaan kecil setiap hari

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah yang dinanti-nanti, yang diusahakan sampai juga penghujung jalan. Allahu Allah, saya tidak dapat mengambarkan perasaan dengan kata, hanya sujud syukur pada Allah maha segala pemberi.

Ketika menulis ini, sambil mengalir air jernih, betapa apa yang saya inginkan sudahpun hampir dipetik. Allahu Allah, saya bermula hanya dengan menghantar sebuah buku sahaja. Ya sebuah buku, sahaja. Menghantar dengan hati iklhas, sebuah buku tulisan sendiri.

Shopping Cart hampir selesai dan saya masih dalam proses memasukkan seberapa banyak buku. Saya ada banyak kali berkongsi di sini, ia adalah tersekat-sekat masalah teknikal. Saya juga seorang yang baru belajar, kalau belum faham, berdikit-dikit usahakan faham.

Selain sasaran web buku yang memudahkan pelanggan membeli. Cabaran untuk diri sendiri juga ada 30. 30 judul adalah tangga selesa sebelum saya usahakan lagi 100 judul buku dan ebook sepanjang tempoh lima tahu sebelum usia mencecah 40 tahun. Saya mahu selesaikan fasa ke dua ini sebelum usia 35 tahun. Saya hanya ada kurang 1 tahun 6 bulan bermula hari ini.

Terima kasih kalian yang sentiasa singgah di sini, blog ini adalah pemula segala. Walaupun saya ada rumah baru, saya lebih selesa berkongsi di rumah ini. Rumah inilah yang mencatat segala peristiwa suka dua kehidupan ibu yang bergelar wahm ini,

Allahu Allah, segala apa yang dijanjikan Allah, benar belaka. Tidak ada hasil tanpa usaha, tiada kejayaan tanpa kegagalan dan laluan berliku.

Saya pun sama seperti mana yang lain juga, sentiasa berusaha setiap hari. Setiap hari saya meraikan diri sendiri dengan berusaha dan bertawakal kepada Allah. Dialah maha pemberi, tatkala laluan berliku sukar, saya berhenti sejenak untuk berehat. Tatkala sudah nampak kilauan emas di balik bukit, saya semakin berjalan laju dan berlari.

Namun, adakalanya juga kilauan itu hanya bayang-bayang juga. Ia bayang-bayang kerana saya juga insan biasa, penuh dosa. Allah kembalikan saya ke jalan berhutan, kali ini penuh kesabaran bermula semula. Alahmdulillah, hutan yang samun, sudah kembai terang benderang. Alhamdulillah.

Petang ini berangkat pulang mahu merai perasaan gembira ini dengan ayah, saya teringakan arwah mek. Mahu memeluk mek dan berkata, inilah hasilnya, inilah hasinya yang saya nantikan selama ini.

Beberapa minggu ini, kesibukan amat terbatas menjenguk ayah, Ayah mungkin juga agak merajuk dengan saya. Saya ini cuba lakukan yang terbaik, kadangkala saya akui kelemahan saya yang tidak sempurna. Moga-moga ayah ampunkan kesibukan saya yang alpa ini.

Salam kasih sayang

Nilai terindah dalam kejayaan, apabila kita merai diri dalam setiap langkah usaha dengan penuh kesabaran. Allah sentiasa ada bersama kita- Masayu Ahmad.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin